Hari Pertama Hadirah ke Pre-School 2015 - Part 2

Assalamualaikum. Cinta.



Sampai je kat sekolah, terus ajar dia buka kasut, buka stoking sendiri. Bukannya apa, nak bagi dia biasakan diri pakai kasut sekolah dan stoking. Ramai je budak-budak lain yang pakai kasut biasa lagi. Mummy dia saja la menggedik nak Hadirah pakai kasut sekolah. Nanti takde la kekok bila kena pakai. This week ok la lagi kalau nak pakai kasut biasa.. Tak tahu la rules kat sekolah ni ketat ke tidak.. Will find out later on.

Hadirah diam je bila sampai kat sekolah tu.. Tengok orang keliling.

Melangkah ke depan pintu kelas, teacher dah tanya, "What is your name?" "Nama siapa?" Haaa.. time ni la nak dengar dia cakap dengan teacher.. Tapi slow je suaranya.. Eh! Ingat tak tahu nak sebut nama.. Bila kat rumah, kitaorang asyik sebut nama penuh dia, dia marah.. siap sound lagi, "KAKAK LA!" Hadoi.. Pandai pulak dia jawab nama dia "Hadirah" tapi pelat huruf "R".. Ok la tu.. Lama-lama pandai la tu.. Tapi dia ingat nama penuh dia "Nur Syaidatul Hadirah" sebab ada dengar dia sebut nama panjang dia.. hoho.. depan mummy, papa, onnie semua tak nak sebut.. grrrr...


First activity, salah seorang parents kena tolong anak mereka untuk decorate gambar anak-anak untuk ditampal pada birhday chart.. Dalam activity ni mummy je la kena tolong Hadirah. Papa Hadirah kerja. Tak cuti. Kesian papa dia tak dapat tengok Hadirah ke sekolah buat pertama kalinya. So entry ni, papa boleh la baca ek! Kenangan ni...

First sekali, Hadirah kena pilih gambar dia sendiri. Haa..kenal pun gambar dia.. Teacher dah siap letak tarikh birthday dah tu. Then ambil batang aiskrim yang dah teacher buatkan, pilih tempat nak duduk dan dah boleh mula decorate. Teacher bagi gam, color paper, penebuk lubang bercorak. First time ni Hadirah nak buat.. Mummy tolong ajar dia je.. Biar dia buat sendiri.


Tang nak tekan penebuk bercorak tu kena kuat sikit. Mula-mula Hadirah tak boleh nak buat tapi ajar dia sekali je, terus pandai nak buat. Guna gam pun macam tu jugak. Kat rumah Sue tak ajar pulak.. So after this kena bagi dia biasakan guna gam, gunting dan lain-lain sebab kat sekolah dia kena buat macam-macam aktiviti.. fuhhhh.. baru mummy tahu.. -__-"




Hamboi.. seronok la tu.. Then mummy tolong tampal kan kat birthday chart dalam kelas tu..




Second activity, decorate bunga daripada hasil lukisan tapak tangan parents and children. Sue ajar Hadirah lukis tapak tangan dia dulu, then dia pun lukis tapak tangan Sue pulak.. Kelakar ok. Tergelak-gelak Sue tengok hasil lukisan Hadirah.. Besar betul jari Sue.. Gemuk gemuk semuanya.. Kah kah kah.. perli mummy ke apa ni.. 



Then next activity, sing a song. Ingat satu lagu je.. Tapi banyak jugak.. ada la dalam 5 lagu kalau tak silap. Parents pun kena buat gaya dan aksi mengikut lagu tu bersama dengan anak-anak. Hadirah sekejap je buatnya.. Ada la 2-3 lagu lepas tu dia berdiri tegak je.. Siap buat muka yang tak best lagi. Bila Sue duduk dia pun duduk sekali atas riba.. Langsung tak nak buat gaya ikut lagu yang teachers nyanyi kat depan. Bila tanya, "kakak penat" katanya.. Deng! Baru sikit dah penat?? Haiyooo.. Itu takpe la lagi..

Ada 2-3 budak dah siap berguling atas lantai pun ada, dah terduduk-duduk pun ada, tarik baju mak ayah pun ada.. Nasib baik Hadirah tak menangis ke, mengamuk ke, macam budak-budak lain.. Banyak drama dapat tengok semalam.. Hahaha.. Hadirah pun tengok je tapi dia tak buat perangai macam tu.. Alhamdulillah.. Tahu malu la tu.. Hopefully berkekalan tak buat perangai macam tu kat sekolah. Kalau tak jenuh la Onnie dia kelam kabut ke sekolah.. -__-


Oh ya! Lupa nak perkenalkan teachers kelas Hadirah. Teacher Norlia ataupun boleh panggil Teacher Nor. Teacher Flora, ingat flower ingat Flora katanya. Last one, Teacher Nandini. Tapi Teacher Nandini last month kat sini.. She will getting married and maybe dia akan berpindah.


Then bila semua teachers dia tengok ramai yang dah kepenatan, teachers pun break. Teacher bagi arahan untuk keluar dan basuh tangan. Break untuk makan beramai-ramai.


Mahu pulak dia makan.. Maybe sebab makan ramai-ramai dengan kawan-kawan kan..


Selesai je break untuk makan, parents kena tunggu kat luar.. Setengah jam yang terakhir ni sengaja teachers suruh semua parents tunggu kat luar. Nak bagi students bermain dengan kawan-kawan baru dia. Tapi still ada lagi yang parents nya kena tunggu dalam kelas. Anak dah menangis, meraung bagai. Mujur Hadirah tak macam tu.. fuhhhh.. lega.. Tapi dia yakin mummy dia tunggu kat luar.. Esok lusa belum tahu lagi.. Mummy nak tinggal je..




Last activity ni sengaja la biar Hadirah sorang sorang.. Biar dia belajar belajar ditinggalkan.. Mummy perhati dari luar tingkap aje.. Tu pun ada jugak yang still tak boleh berenggang dengan parents.. kena la parents temankan.. -___-"

12.30 sharp teacher lepaskan studets semua.. Lega la semua students bila dapat keluar..

Sambung lagi la Part 3 nanti.. Baru balik dari school untuk hari kedua ni.. Entry ni ditaip seawal jam 7.30 pagi tadi tapi terhenti-henti sebab dok buat macam-macam kerja sekali. Hadirah pun asyik kacau je.. Padam taip, padam taip je ni.. Sue taip Hadirah tambah.. Mana tak lambatnya siap entry ni.. -__-" grrr.. Ada ni haa kat sebelah.. Bergaduh berebut laptop dengan dia.. Dia dok tekan tekan keyboard ni.. Haisshhh..

Kena berhenti jugak ni.. Kena layan dia.. see ya in next entry!

Wassalam.

2 comments:

  1. Waaa... siap ade aktiviti dgn parents... jauh beza la dgn tadika Akiff... ehhh... tarikh lahir beza 3 hari jer... Akiff 23 mac 2011... ngeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti dgn parents on the first day je Abg Lan.. hehe..
      Lorrr.. sama bulan la dgn Akiff ni.. sebaya la ye.. :D

      Delete