Hari Pertama Hadirah ke Pre-School 2015 - Part 1

Assalamualaikum. Cinta.

Agak kepenatan dan tidak berkesempatan nak update blog. Taip sikit berhenti. Taip sikit berhenti. Macam-macam benda perlu dibuat especially layan puteri Sue yang sorang ni.. Ada je benda dia nak mummy dia buat. So sempat taip, save. Taip, save. Memang tak habis draft la jawabnya.

Sue pun agak kurang sihat menyebabkan semangat dan tenaga nak update blog terjejas. Selsema tak hilang lagi.Sekejap sekejap berhenti update blog. Fuhhhh.. mencabar,

Ok la.. back to the topic.

Kena bahagikan beberapa part sebab rasa macam panjang je nak story ni.. kih kih kih

Hari pertama Hadirah ke sekolah memang dia tak banyak songeh. Cabaran pertama nak kejutkan dan mandikan dia. Nasib baik waktu persekolahan start 10.30.. Kalau start session 1 yang 7.30 pagi tu, berperang pulak la dengan Hadirah. But next year for sure kena hantar awal. -__-" Mummy for sure datang lambat ke office starting next year ni.. Boleh imagine dah. Selalu tengok officemate begitu. kuikuikui..

Siap mandikan, cabaran seterusnya nak menyikat dan mengikat rambut dia.. Itu memang mencabar. Setengah jam je dah habis nak menyelesaikan rambut dia yang kusut tu. Rambut kerinting. Memang kena la dengan kusutnya. Menguji tahap kesabaran menyikat rambut dia dengan dengan mendengar bebelan dia, sakit la, apa la.. Semua tak betul that time.. hahahaha... Kalah orang dewasa tau dia punya celoteh tu..

Then mummy pulak kena bersiap. Nak hantar Hadirah ke sekolah kan.. Cabarannya kena bersiap selaju yang mungkin. tak nak lewat ke sekolah. Deng! Tak sempat la nak membelek muka. Deng!

Nasib baik bekal untuk Hadirah bawa ke sekolah Sue dah siapkan awal-awal pagi. Ringkas je..


Huwaaaaa.. dah besar rupanya anak mummy ni.. Huwaaaa.. rindu kat dia masa kecik kecik dulu.. sobsobsob.. Tak sangka..pantasnya masa berlalu.. 4 tahun dah rupanya.. Tapi mummy always anggap puteri mummy ni baby mummy.. rindu.. rindu.. rindu..

Seronok dapat hantar Hadirah ke sekolah hari ni.. Tapi jauh di sudut hati, sedih jugak... Papa pun takde nak tengok Hadirah di hari pertama pre-school ni.. sobsobsob.. sedih jugak sebab ada kawan-kawan yang tak dapat hantar anak-anak mereka di hari pertama.. Sabar eh.. Yang paling sedih sebab tengok Hadirah dah besar and rasa tak banyak spend time dengan dia.. T___T

Ok la.. need to sleep early sebab baru lepas makan ubat.. Kalau nak tahu apa yang Hadirah buat di hari pertama ni, nantikan next entry, part 2 pulak ye.. Sorry kalau lambat update blog sebab nak draft entry memang kena bagi konsentrasi penuh bila menaip.. Tak boleh orang kacau.. huhu.. Nanti tak menjadi and tak ter"publish" la jawabnya.. Hahahaha..

Kalau rasa lambat sangat nak baca entry blog Sue, boleh terjah FB Sue dan Instagram Sue.. Also my twitter.. Follow sekali tau! Kat situ laju la nak update.. koh koh koh.. Apa la kan.. kat situ je sure laju.. Dalam kelas Hadirah pun still boleh update kan.. auchhhh!

Facebook : Sue Sopian
Instagram : @suesopian
Twitter : @sue_sopian

Selamat malam!

Wassalam

4 comments:

  1. Comelnyee Hadirah berbaju kurung pink.. belajar rajin rajin ye...

    ReplyDelete
  2. anak-anak zamans ekarang excited gi sekolah kan.. tak macam kita dulu... saya dulu nangiss kat sekolah.. haha.. comel je Hadirah dengan baju kurung itu,, :))

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman dkna sekolah dulu. Bawak bekal hari2.. bila tak bawak bekal..tak pandai nak beli makanan lat kantin..hehee

    ReplyDelete
  4. sama umur dgn Akiff laa... 4 tahun suda... cpt jer masa berlalu kann...

    ReplyDelete