Hari Ketiga Hadirah ke Pre-School 2015

Assalamualaikum. Cinta.

Hari ketiga Hadirah ke sekolah.
Kali ni yakin la sikit nak tinggalkan dia kat sekolah. Dah masuk hari ketiga dah pun kan..

Tapi.. macam biasa.. Tang bangun pagi tu yang liatnya. Bila kejut tak nak bangun la katanya.. Tak nak pergi school la dia.. Malas la.. Hadoi.. Macam-macam kerenah. Sabar aje la.. Sejak bila pandai guna perkataan "malas" ni sayang oii..? Haiyooo..

Nak mandikan dia je kena ada sesi pujuk memujuk yang agak mengambil masa. Sesi dukung berdukung pulak lagi.. Huh! Bukannya kecik lagi.. Kaki pun dah panjang.. Berdukung lagi.. -__-" Dah berapa minit je kat situ. Then nak mandikan dia lagi.. Nak sikatkan rambut dia yang kerinting tu lagi. Nak pakaikan baju dia lagi yang kadang-kadang tu dia tak nak pakai. Ada mood dia, dia ok. Kalau tak kena mood dia, semua orang kena tempiasnya. Semua orang dia marah. Target siapkan dia dengan mummy dia siap sekali mesti tepat jam 10.00 pagi. Kalau tak, ada possibility untuk terlewat ke sekolah. Tu pun mujur la Onnie dia tolong masakkan bekal untuk Hadirah bawa ke sekolah. Kalau tak lagi kelam kabut dibuatnya..



Hari ketiga ni try bekalkan dia nasi goreng simple dan buah anggur yang dah dibuang kulit dan dipotong. Tapi dia tak makan habis pun. Buah je luak nampaknya. Nasi dia makan sikit je.. Mesti dia tak suka ni. Balik dari sekolah, complain kat Onnie dia.. "Kakak tak suka nasi tu.." Adoi.. memilihnya makan..

Bila Hadirah dah siap pakai baju semua, baru dia ada semangat nak ke sekolah. Siap suruh orang lain cepat lagi tu.. Hahaha.. tak sabar nampaknya. "Cepat la mami.." "Cepat la atuk.." Amboi.. kemain lagi dia kan.. Tadi sapa entah yang tak nak gi school.. Ni sibuk pulak.. tak sabar sabar nak gi school.. Haihhh.. unpredictable betul la dia ni..



Sengaja Sue biarkan dia pakai stocking dan kasut sendiri. Biar dia belajar berdikari. Nanti kalau kat sekolah, dia kena buat sendiri jugak kan.. Memang kesian tengok dia terkial-kial. Selalu ada je orang tolong pakaikan. Lagipun sengaja ajar dia kalau nak ke sekolah, pakai kasut sekolah. Bagi dia biasa..

Kesian jugak la bila tengok dia terkial-kial pakai stocking dengan kasut tu.. Tak sampai hati sebenarnya.. sobsobsob.. T__T
Tapi kena tabahkan hati demi masa depan dia.. Huhu.. Mummy dia tolong jugak la sikit sikit sambil ajar dia.. Tak sampai hati wooooo..

Bila sampai depan pagar sekolah, terus ada teacher yang datang ambil dia kat pagar. Masa tu berharap sangat dia tak menangis ke apa ke kan.. Tiba-tiba dia tengok mummy dia tak masuk dah dalam kawasan sekolah..


Mummy tetap tunggu kat depan pagar ni sampai dia masuk dalam kelas. Masa dia tengah buka kasut tu nampak dia tengok tengok Sue.. Alahai.. sedih pulak.. T___T Mata dia melilau cari Sue.. Tapi Sue setia menunggu kat situ, lambai lambai kat dia sampai dia masuk dalam kelas. Dah siap pesan dengan teacher dia, kalau dia tanya mummy mana, just bagitahu mummy ada tunggu kat luar. Padahal Sue nak balik rumah dah.. Abah Sue a.k.a Atuk dia yang hantar ambil pun.. Tu yang suruh abah tunggu sekejap. Just nak tengok dia sampai dia masuk dalam kelas. Risau jugak la kalau kalau dia menangis bila tengok Sue tinggalkan dia macam tu je.. Sekurang-kurangnya dalam kepala dia, dia ingat Sue ada tunggu kat luar.. Huhu..

Bila time balik, Sue datang setengah jam awal.. Lepak lepak jap dalam kereta. Sambil sambil tu tengok tengok kalau kalau pintu dah buka ke belum. Bila ramai parents dah sampai terus Sue ke pintu pagar dia. Kali ni Sue masuk dalam sampai depan pintu kelas. Tempat dia tinggalkan kasut. Tunggu teacher panggil dan bawa keluar Hadirah.


Kononnya mummy dia ada la tunggu kat luar tu.. hik hik hik

Then balik dari sekolah, dia pun start la bercerita dia buat apa kat sekolah. Bila tanya kenapa tak habiskan nasi yang bekal tu, dia kata tak nak. Tak sedap.. Adeh.. Next time bekalkan roti la yang dia suka tu. Dia suka roti marjerin macam hari pertama Sue buat tu.. Sejak first day dia sekolah, sehari sampai 3 kali dia minta nak makan roti macam tu. Dia suka Sue potong roti tu kecil kecil. Nanti bekalkan roti je la dengan buah-buahan.. Dah nak makan nasi pun susah.. -__-"

Ni.. kat bawah ni gambar-gambar aktiviti kat sekolah dia masa hari ketiga. Teacher Dolly whatsapp gambar-gambar ni untuk semua parents.. Hahaha.. rajin betul Teacher Dolly ni.. Thanks a lot!



Hari keempat dah start kelas 3 jam seperti jadual asal. Orientasi 3 hari je selama 2 jam. So lama sikit la nak menunggu dia habis sekolah. Tak tahu macam mana Hadirah punya reaksi dan penatnya. Sekarang ni dia asyik tidur petang je sejak gi sekolah.. Penat sangat la tu.. Dah la malam tidur lewat jugak. Kadang-kadang jam 1.00 pagi pun belum tidur lagi.. Entah bila jadual tidur dia nak betul entah.. Dia memang ikut suka hati je nak tidur bila.. huhu..

Kalau bagi tidur siang, malam lambat jugak tidur. Kadang-kadang cepat tidur. Kalau tak bagi tidur siang, malam still lambat tidur jugak. Susah nak predict waktu tidur dia.. -__-" Bertabahlah...

Wassalam.

6 comments:

  1. Sama mcm Akiff... pepagi mmg bercinta jugak la nak siapkan dia... ada ja alasan, mata tak boleh bukak laa... mengantuk laa... schooln tutup laa... hahaha... but now yg bagusnya waktu tido die dah teratur... pkul 10 malam dah masuk bilik... tp start smlm try awalkan skit... pkul 9 dah masuk bilik... pg ni ok jer bangun tido x nangis... tido ckup la gamaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. macam2 ragam kan.. ada je alasan diorg ni.. pagi2 layan drama queen yang satu ni je jenuh..
      waktu tido hadirah belum dpt diatur lagi.. uhuk uhuk..

      Delete
  2. kira ok lah kan Hadirah tak meragam pun hehehehe... cute je pakai kasut sendiri tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ni tak meragam.. hari keempat dah menangis.. tabah aje la.. -_-"

      Delete
  3. Pre-school pun pakai kasut sekolah yer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai dah.. saja bagi pakai.. boleh je nak pakai kasut apa2 pun..
      teacher kata better kasut sekolah.. hehe..

      Delete