Hari Kelima Hadirah ke Pre-School 2015

Assalamualaikum. Cinta.

Baru berkesempatan nak update ceritera hari kelima Hadirah ke sekolah. Baru hari kelima, Hadirah dah tak nak ke sekolah. Sama macam hari keempat dia ke sekolah..

Bangun pagi hari Jumaat tu, ceria sungguh! Ye la.. Malam sebelum tu tidur awal. Bangun pagi tak ada la masalah. Tak la liat nak bangun pagi. Senyum dan gelak-gelak je pagi tu.. Tapi bila nak ke sekolah dia tak nak. Haihhhh.. apa kena nya entah la..


Sampai je sekolah, dalam kereta lagi dia dah merengek-rengek. Nampak je sekolah, mula la dia menangis. Nak susu la katanya, tak nak sekolah la dia, takut cikgu la katanya.. Macam-macam dia punya alasan tu.. Bagi susu, dia minum sikit je.. Then pujuk pujuk dia sampai dia nak turun dari kereta.

Bila nak tinggalkan dia kat cikgu yang tunggu kat pagar tu, dia dah start nak menangis balik. Makanya terpaksa la mummy dia masuk dalam. Hantar sampai dalam. Sampai kat dalam kawasan sekolah, dia menangis lagi.. Haiyoooo.. menguji kesabaran mummy ni..

Pujuk dia macam-macam supaya dia berhenti menangis dan nak masuk dalam kelas. Dia tetap tak nak masuk jugak. Nak balik katanya.. pftttt... baru haru kelima ni..

Mujur la ada Teacher Norliah.. Pujuk pujuk dia, cakap kat dia ada rabbit. Teacher nak pasang cerita rabbit. Kebetulan memang teacher tengah pasang cerita untuk budak-budak tu.. Barulah Hadirah nak ikut Teacher Norliah dia.. Fuhhhh.. lega..



Balik dari sekolah, ambil dia. Teacher Norliah datang jumpa tanya, ada tak semalam Hadirah beritahu supaya tak pakai pampers dah. Memang la ada. Tapi hari ni, dia pakai lagi pampers ke sekolah. Sebabnya dia mengamuk tak nak buka pampers tu sebelum ke sekolah. Boleh pulak dia cakap kat teacher dia, "mummy suruh pakai" Ceh! Suka hati dia je cakap kat teacher dia macam tu.. -_- Sedangkan dia yang menangis tak nak buka.. So starting next week, teacher dia kata pakai pampers kat rumah je. Pergi sekolah tak payah pakai pampers.

Oooo.. kalau teacher dia cakap, semuanya betul. Mummy and orang lain cakap tak betul. Mummy dah lama ajar tak payah pakai pampers, dia dengan jawapan bijak dia, "kesian pampers kakak tak pakai" grrrr... Teacher cakap pakai pampers kat rumah, dia pun ikut je teacher cakap. Bila kita tak bagi dia pakai pampers kat rumah dia kata "teacher suruh pakai pampers kat rumah je" Hah! Mampu? Bersabar je la dengar jawapan budak bijak ni.. grrrr...

Bila tanya kalau nak kencing cakap macam mana, dia pun dengan gayanya, "cikgu! nak kencing!" dengan gaya ala-ala tarik baju cikgu dia sambil cakap kuat-kuat.. Hahahaa.. banyak kali kitaorang suruh dia berlakon balik macam mana. Seronok tengok..

Hurmmm.. esok Sue dah tak hantar Hadirah ke sekolah dah.. Hari ni dah nak balik dah. Cuti dah habis.. Huwaaaaa.. nak cuti lagi.. sobsobsob T___T

Macam mana la dia esok ni.. Mummy takde nak hantar gi sekolah.. -__-"
Hopefully dia ok. Tak menangis lagi. Kalau tak jenuh la atuk dan onnie dia nak handle dia..

Apa-apa pun mummy doakan yang terbaik buat anak mummy ni.. InshaaAllah.. ok la tu lama-lama nanti.. ^_^ 

Wassalam.

2 comments:

  1. hehehe Hadirah sedih nak berpisah ngan pempers.. amek masa tapi insyallah hookay soon.

    CT tag akak kat sini..
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2015/01/first-and-simple-giveaway-oleh-cik-iman.html

    ReplyDelete