Hari Keempat Hadirah ke Pre-School 2015

Assalamualaikum. Cinta.

Hari ni dah hari keempat Hadirah ke sekolah.. Hurmmm.. dah nak seminggu. Bermakna cuti mummy Hadirah pun dah nak habis.. Alahai.. Rasa nak cuti lagi je.. -__-"

Bila cakap cakap dengan Hadirah, nanti Onnie dengan Atuk hantar ke sekolah, dia tak nak. Nak mummy hantar.. Adeh.. Mummy kerja la sayang. Katanya mummy tak boleh kerja. Aduhai la anak.. Sedih mummy tau.. sobsobsob.. Siap complain lagi tu, "mummy keje lambatnya.." maksudnya mummy gi kerja lama sangat.. sobsobsob.. T__T

Hari ni pulak la Hadirah buat perangai. Tak nak ke sekolah. Macam biasa.. bangun tidur, tak nak mandi semua. Tak nak gi school la katanya.. Penat la.. Sejuk la.. Macam-macam la alasan dia tak nak bangun dan mandi.

After mandi tu dia ok la sikit.. Tapi tak nak ke sekolah jugak. Nak ke taman pulak.. Adeh.. Layankan aje la.



Dah comel comel gini tak nak pulak gi school.. Sampai depan pagar sekolah, Hadirah dah start teresak-esak dah.. Sudah... 

Teacher yang tunggu kat pagar pun bagi la Sue masuk hantar sampai kat dalam.. Bawak la dia, tapi dia tak nak masuk kelas.. Mula la dia menangis.. Rupa-rupanya nak susu dan bantal busyuk dia.. Adeh.. Mana ada bawak gi school sebab sebelum keluar tadi dah offer dia nak susu tak.. Dia cakap dia tak nak.. Dah kenyang katanya.. Sekarang apa sudah jadi.. Haiyoooo..


Terpaksa call Mama Sue minta ambil kan susu dan bantal. Nasib baik la rumah dekat sangat dengan sekolah.. Grrrrr.. Hadirah ni.. macam-macam tau.. Siap ajak balik rumah.. Nak minum susu kat rumah katanya..


Nasib baik la awal lagi.. Tu pun kelas dah start dah.. Hadirah tak masuk kelas lagi.. Sempat menangis sementara nak tunggu susu dan bantal dia sampai. Layan kan aje.. Sesi pujuk memujuk pun bermula.. Siap ada dengar student yang kena tinggal meraung kat pintu.. Nasib baik Hadirah tak ikut jejak yang sama.. Kalau tak, mahunya mummy dia pun menangis kat situ jugak.. Hahahaha.. over tau mummy ni.. kah kah kah..




Dah sampai sekolah, boleh baring lagi atas riba mummy minum susu.. Haiyooo.. Tahu pulak malu cikgu tengok.. Orang tengok malu katanya.. Tu yang dia ajak balik rumah.. Tapi after dah dapat minum setengah botol susu tu, boleh pulak senyum senyum, gelak gelak.. Macam takde apa jadi je tadi.. -_-" Gitu pulak gayanya...

Time balik sekolah, bukan main excited nya dia bercerita teacher ajar apa kat sekolah selama 3 jam tu.. Wowww.. sapa yang menangis tak nak pergi sekolah tadi tu? Balik dari sekolah seronok pulak dia..

Siap cerita yang teacher dia tak bagi pakai pampers.. Teacher kata pakai pampers kat rumah je.. Siap tunjuk teacher simpan pampers dia kat mana. Memang betul pun dia tak pakai pampers tu.. Check check tengok dah takde pampers.. Hahahaha.. Teacher dia cakap semuanya betul.. Oooo.. time mummy tak bagi pakai pampers, dia lagi mengamuk nak pakai pampers.. grrrrrr... Jawapan dia, "kesian pampers kakak tak pakai.."

Then Sue pun tanya la.. "teacher tak tanya ke kakak nak kencing?"
"teacher suruh kencing, kencing.. tapi kakak tak nak. Tak mau keluar la.."
Hahahaha.. nak pecah perut dengar jawapan dia.. Siap buat gaya pulak tu.. adoi..

"kakak tak yak ke?"
"tak.. tak mau pun.. kakak cakap teacher tak nak.."

Entah ye ke tidak entah dia cakap macam tu..

Tapi kalau betul la kan, esok dah tak payah nak pakai kan pampers dia dah. Tapi teacher dia ada pesan, letak sepasang baju dalam beg dia just in case apa-apa senang nak tukar. Tak perlu la pihak sekolah nak panggil parents datang.. Good start..


Ceria kan balik dari sekolah ni..

Balik rumah mula la dia keluar kan mainan dia.. Sejak dia start sekolah, baru hari ni dia sepahkan mainan dia.. Agaknya sebelum sebelum ni dia penat la tu.. Baru nak start new routine kan..


Oh ya! Hari ni sengaja tak bagi dia pakai kasut.. Tengok dia punya reaksi macam mana. Hurmmm.. rasa ok la setakat ni.. Dia pun boleh dah nak pakai kasut atau tak. Ikut kesesuaian jugak la.. Lagipun uniform sekolah still tak dapat lagi. Baju sukan pun takde lagi.. Tunggu seminggu dua lagi la tu..

Esok last day la agaknya Sue nak hantar ambil Hadirah dari sekolah ni.. Next week dah start kerja.. Alahai.. Mesti merajuk nanti si kecik ni kena tinggal lagi.. Hurmmmm... Sedih... T___T

Wassalam.

1 comment:

  1. hehe..comelnya Hadirah!moga-moga pas ni tak payah pakai pampers dah..

    ReplyDelete