Hari Kedua Hadirah ke Pre-School 2015

Assalamualaikum. Cinta.

Hari kedua Hadirah ke pre-school. 
Still mummy menunggu luar kelas. Masih lagi diberi peluang untuk menunggu dalam kawasan sekolah. Masih lagi ada anak-anak yang tak lepaskan ibubapa. Nak parents turut serta dalam kelas. Bermacam ragam anak-anak dapat dilihat..

Alhamdulillah.. mujur Hadirah ok. Asalkan mummy ada tunggu kat luar. Dia tak menangis ke, merajuk ke, buat muka ke.. Ok la tu.. Nak jugak dia dengar cakap semua teacher dia.


Onnie dia masakkan mee goreng sebagai bekalan untuk Hadirah ke sekolah.. Mummy Hadirah pun siap bawak bekal tau.. Lapar jugak menunggu Hadirah kat sekolah. Sempat breakfast awal pagi makan roti je..


Masa nak mandikan Hadirah pagi semalam, memang agak mencabar. Biasa la dia.. Bab bab mandi pagi dia liat sikit.. Sejuk la katanya.. Nak air panas la katanya.. malas nak bangun la.. Tak nak pergi sekolah la.. Haiyoooo.. mencabar betul.. Tak kena gaya pujuknya tak berjaya la nak bawak dia mandi.. Terpaksa mandikan badan, gosok gigi dan basuh muka je. Tak basahkan rambut. Sebab dah terlewat melayan kerenah dia. Nak selesaikan rambut dia yang kerinting tu pun dah makan masa lebih kurang setengah jam.. Tambah lagi nak siapkan dia.. Nak kena tunggu dia kencing dulu. Bangun tidur dia jarang kencing awal awal sangat. Then bila sekali dia kencing sure melimpah pampers. Dah sekolah pun pakai pampers lagi.. Haiyoooo.. bila mau buang itu pampers??

Hopefully slow slow Hadirah akan buang pampers dia. Kalau dia tengok kawan-kawan dah tak pakai pampers, nanti automatik dia pun tak nak pakai pampers.. Berdoa semoga dia dah tak pakai pampers..


Geng parents tunggu kat luar di hari kedua.. Nasib baik 2 jam aje.. Berpeluh jugak la menunggu kat luar ni.. Sebab tu Sue boleh makan mee goreng tapau lagi tu.. Muahahaha.. At least terisi jugak masa dan perut.. kah kah kah




Masih lagi ada parents terpaksa duduk sama-sama dengan anak.. -__-" Hadirah ok je.. Tapi yang tak boleh tahan bila budak-budak lain jenguk kat tingkap tengok mak ayah diaorang, Hadirah pun sibuk jugak la tengok tengok.. Aduh.. tak sampai hati pulak.. Makanya mummy dia pun jenguk jugak la..

Sue mengintai dan curi curi snap gambar dari tingkap je ni.. Intai apa yang dia buat sekejap sekejap.. Risau.. cuak.. Tetap ada.. fuhhh.. psycho kan ada mummy macam ni..


Time break untuk makan paling kesian sebenarnya.. Boleh pulak teacher dia tak jumpa bekas makanan Hadirah.. Kesian.. mula-mula tu dia mencari-cari. Teacher tanya yang ini, dia cakap bukan.. Walaupun mummy dia tak dengar dia cakap apa, tapi boleh tahu dari reaksi dia berkomunikasi dengan teacher dia.. 

Masa hantar Hadirah depan pintu kelas tu, memang ada sorang teacher ni yang ambil botol air dan bekas makanan dia letak atas meja khas dalam kelas tu. Maybe terlindung tu yang teacher dia yang lain tak nampak. Kesian dia tercari-cari. Mummy dia pulak yang rasa menyirap. Mummy dia dah siap tunggu depan pintu kelas nak beritahu mana-mana teacher yang lalu depan pintu tu.. Tapi sorang pun tak muncul. Panggil ikut tingkap tak dengar pulak.. Hadoi.. Hangin la sekejap... grrrr...

Mujur lah jumpa jugak.. So agak lambat la Hadirah nak habiskan mee goreng tu.. Lagipun kalau kat rumah bukannya dia nak makan.. Sekali kat sekolah kena paksa makan.. Siap teacher tolong suap lagi bila tengok lambat sangat nak habiskan dan tak luak luak pun.. Hadirah.. biasa la.. Dia makan pun boleh main-main lagi. Suapnya sikit je.. Mummy dia perhati je dari luar sepanjang sesi break tu.. Harus la kan.. Sapa tak sayangkan anak oii...

Siap ada parents ni tanya, anak you yang mana satu. Then Sue pun tunjuk la.. Siap puji lagi.. Cantik..besar.. Siap tanya berapa tahun umur Hadirah. Bila cakap 4 tahun, terkejut pulak.. Adeh.. Besar sangat ke?? Bila diaorang tanya ikut sapa besar macam tu, for sure la ikut papa dia, Mr. Akoy.. Hoho.. Baka rangka besar.. Tapi belah Mama Sue pun rangka besar jugak.. kalau tak silap la.. >.<

Then ada yang puji Hadirah comel dan putih.. Alhamdulillah.. kurniaan Allah swt.. Sue cakap la Sue suka tengok drama korea masa pregnant dulu and banyak minum air soya.. Hahaha.. mesti ada yang tak percaya ni.. kan.. Parents yang bertanya pun tergelak-gelak macam tak percaya je.. pfftttt.. nak buat macam mana kalau tak percaya ye tak.. Tapi itu la yang Allah swt telah anugerahkan puteri secomel dan secantik Hadirah ni kepada kami sekeluarga.. Alhamdulillah.. syukur...

Balik dari sekolah, penat katanya.. Siap cerita teacher ajar apa.. Teacher ajar pegang tangan kawan-kawan lepas tu buat circle kecik, circle besar.. (sekali dengan gaya bila bercerita..) Lepas tu cerita teacher suruh makan, lepas tu main, lepas tu balik balik.. Tang bila dia sebut "balik, balik" tu kedengaran agak comel dan kelakar.. Sure tergelak-gelak bila dengar dia bercerita..

After tu sibuk skype dengan papa dia.. Cerita apa dia buat kat sekolah.. Siap main dengan papa dia dalam skype.. Gitu la dia kalau ber"skype" dengan papa dia..



Nanti sambung story hari ketiga pulak.. Adeh.. nak menaip pendek pendek tak reti.. Panjang panjang jugak jadinya.. Entry ni dari pagi taip, malam baru boleh publish.. Hadirah asyik kacau tolong je.. Memang lambat la jawabnya.. Dia dah tidur baru boleh siapkan entry.. Huhu..

Maaf.

Selamat malam.

Wassalam.

1 comment:

  1. hehehe kenangan semua ni kak.. nanti dia dah besar cerita balik kat dia..

    ReplyDelete