Hadirah Melihat Banjir Buat Pertama Kali

Assalamualaikum. Cinta.

Hujung minggu lepas Sue berkesempatan pulang ke kampung nenek sebelah Mama Sue di Kuala Kangsar. Semua tahu kan yang negara kita dilanda musibah banjir yang agak teruk penghujung tahun lepas (2014). 

Kuala Kangsar, Perak juga tak terlepas daripada menghadapi bencana alam ini. Mungkin tak seteruk negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, namun penduduk yang terlibat dalam bencana banjir di beberapa kawasan di Perak turut merasainya. Kasihan kepada mereka yang terlibat..

Sue berkesempatan bawa Hadirah tengok sendiri banjir di Kuala Kangsar tapi pada masa itu banjir pun dah makin surut.. Alhamdulillah..

Lokasi : Taman Permainan Kuala Kangsar










Walaupun bawa Hadirah ke sini namun dia masih belum mengerti banjir tu apa.. Dia ingat tempat main dan mandi manda.. -__-" Jenuh explain kat dia.. Dia lagi suka tengok dekat dekat. Siap ajak betul betul tepi air tu.. Kalau air sungai naik laju naya je.. Nasib baik masa tu tak hujan lagi.. grrr.. budak kecik ni..suka sangat dengan air.. Ingat laut ke nak mandi. Haihhh.. sejak bawa di ke pantai pertama kali tempohari, kejap kejap minta nak mandi laut.. -__-

Hadirah main jugak kat taman ni walaupun sebahagian taman permainan ni dah tenggelam. Mana-mana bahagian yang tak tenggelam dan masih bersih masih boleh diguna..




Huwaaa.. Hadirah tak nak balik.. Tak tahu apa yang dia seronok sangat ni.. 





Tengok muka budak tak nak balik rumah ni.. grrrr..



Harap Hadirah akan faham suatu hari nanti..
Moga banjir ini terus terusan surut. Buat mangsa banjir, semoga sabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang satu ini.. semoga semuanya selamat.. aamiin..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment