[DIY] Balang Hadiah Kahwin Menjadi Tabung Masa Depan

Assalamualaikum. Cinta.

Baru-baru ini Sue ada la terjumpa satu set balang kaca (3 biji), hadiah perkahwinan Sue dan Mr. Akoy yang diberi oleh tetamu kami (tak ingat siapa) 5 tahun lepas. Fuhhhh.. berhabuk..

Lama tersimpan sampai dah tak ingat kewujudannya.. 5 tahun dah kan..

So daripada tersimpan je, baik buat something..

Terjadilah tabung untuk simpanan masa depan.. Walaupun dah ada simpanan di bank-bank tertentu tapi still nak menabung kat rumah jugak kan.. Daripada duit syiling tu letak merata baik simpan dalam tabung, ye tak..

Makanya terhasil la tabung seperti di bawah..


Oppsss.. nak bercuti kat mana-mana nanti.. kena la ada tabung kan.. kikikikiki...
Haa.. siap label lagi tu.. Labeling tu penting.. senang nak refer and nak guna untuk tujuan tertentu..

Lagi satu yang penting cara kita menabung tu.. Disiplin diri tu yang penting sebenarnya.. Tak disiplin tak menjadi jugak.. Kosong je la jawabnya.. 

Moga-moga istiqomah.. Jangan esok sampai tengah bulan, korek tabung pulak.. Huishhhh... moga-moga tak sampai tahap macam tu.. Rezeki dari Allah swt itu luas. Yakin dan sentiasa berdoa, memohon petunjuk dan kemurahan rezeki.. InshaaAllah..

Cara yang paling mudah, simpan nilai duit yang jarang kita dapat, contohnya duit sekeping RM5 (si hijau). Kan jarang-jarang kita dapat.. Kalau ada, kita simpan dalam tabung.. Lama-lama banyak jugak kan.. Duit RM20 sekeping (si oren) pun boleh juga disimpan.. Jika berkemampuan dan cekal hati.. hihi..


Lagi satu.. bersedekahlah.. ^__^
Power of sedekah ini tiada siapa yang sangka. Sedekah tidak mengurangkan rezeki malah melipatgandakan rezeki kita.. Alhamdulillah..

Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan, menolak bala dan memanjangkan umur. Harta yang halal akan diampunkan dosanya, dilepaskan dari neraka dan masuk ke syurga

* Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita. Jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia ……..

Sedekah ada 10 kelebihannya – 5 di dunia dan 5 di akhirat :


5 DI DUNIA
  1. MENCUCIKAN HARTA
  2. MENCUCIKAN BADANNYA
  3. MENOLAK BALA DAN PENYAKIT
  4. MENGGEMBIRAKAN ORANG MISKIN DAN MENGGEMBIRAKAN ORANG MUKMIN (AMALAN YANG SANGAT MULIA)
  5. BERKAT HARTANYA DAN DILUASKAN ALLAH REZEKINYA


5 DI AKHIRAT
  1. dinaungkan dia dari panas akhirat
  2. ringan hisabnya
  3. berat timbangan amalannya
  4. mudah melalui titian siratulmustakim
  5. bertambah darjatnya di dalam syurga

Berbahagialah dan berkongsi rezeki yang ada dengan mereka yang sepatutnya..

Good night!

Wassalam.

2 comments:

  1. kreatif! saya letak link dalam mister linky..

    ReplyDelete
  2. Jom Singgah Blog Saya blog koleksiresepiemak

    Koleksi Resepi emak
    http://koleksiresepiemak.blogspot.com/

    ReplyDelete