Zoo Negara | Hulu Kelang

Assalamualaikum. Cinta.

Zoo Negara
Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Phone : +603-4108 3422/7/8 
Fax : +603-4107 5375


Sue dan En. Along pernah bawa Hadirah ke Zoo Negara masa bulan April 2014 hari tu. (pftttt.. lamanya baru nak update.. -__-") Pada masa itu, Giant Panda Conservation Centre yang merupakan tarikan utama Zoo Negara terkini masih belum dibuka. Haiwan yang ada juga tak banyak dan ada beberapa tempat masih dalam proses renovation. So banyak jugak la tempat yang ditutup. 


Sekarang mungkin Zoo Negara dah bertambah baik. Hopefully.. Mungkin next year nak ke Zoo Negara lagi. Nak tengok, dah siap renovate ke belum.. kihkihkih



Ini juga merupakan salah satu cara untuk Hadirah belajar mengenal haiwan. Dia memang dah kenal haiwan dah cuma belum tengok face-to-face. Selalu dalam tv atau youtube je.. So kali ni biar dia tengok sendiri. Memang Hadirah have fun on that day. Sampai kepenatan la,..





Ermmm.. stroller wajib bawak kalau tempat-tempat yang luas macam ni. Hadirah ni bukannya nak jalan lama-lama. Nanti dia nak orang dukung dia. Tak larat la mummy nak dukung pusing satu zoo ni.. -___- Masa mula-mula dapat kaki rajin la berjalan sendiri. Sekarang ni esti nak berdukung atau naik stroller. Makin besar, perangai semakin macam baby pulak.. Eh! Grrrrr...

Layan je la beberapa gambar yang sempat dirakam sebelum kehabisan bateri.. pftttt.. boleh pulak habis bateri.. deng!



Spend time dengan Hadirah memang amat menyeronokkan. Tak terasa pantasnya masa berlalu.. Tak sabar nak balik petang ni.. Nak jumpa Hadirah.. ^__^

Wassalam.

1 comment:

  1. Mahal jugak tiket masuk nak tengok panda semata-mata tu eh.

    ReplyDelete