[Vacation 2014] Cameron Highlands - Strawberry Farm @ Kampung Taman Sedia

Assalamualaikum. Cinta.

Part 3 - Taman Bunga & Kaktus
Part 4 - Taman Agroteknologi MARDI

Strawberry Farm Kampung Taman Sedia

Untuk pengetahuan korang, Kampung Taman Sedia ini merupakan satu-satunya kampung Melayu di Cameron Highlands. Haaa.. mungkin ada yang dah tahu kan.. Mungkin jugak ada yang belum tahu ataupun tak perasan.. Inilah lokasi penggambaran drama komedi romantik Vanilla Coklat. Oh.. sweet gituh~~

Ok..ok..
Kat Kampung Taman Sedia ni banyak strawberry farm sebenarnya. Kebanyakkannya farm yang diusahakan secara kecil-kecilan. So you'll boleh pilih nak masuk farm yang mana satu.. Berderet-deret farm yang ada.. Sebelah menyebelah je pun..

Yang famous YZ Agro Farm, Opah Strawberry Farm dan juga Taman Agro Al-Mashood. Beberapa nama farm ni je yang nampak macam gah..*tetiba* Actually, we all dah singgah di Opah Strawberry Farm tapi kecewa.. wuwuwuwu.. T_T Strawberry merah dah habis.. Yang tak masak lagi ada la..

Dah tu macam mana nak feeling petik strawberry kan.. -___-

Then jumpa satu farm ni.. dah agak hujung-hujung la.. Kebetulan masa tu tak ramai orang.. Senang cerita farm tu takde pengunjung pun masa tu.. Hahahaha.. Kami la yang conquer tu.. ngeh ngeh ngeh

Apa lagi.. serbu!!!!!




Haa... masing-masing feeling sangat nak petik strawberry.. Si Hadirah pun tak ketinggalan.. Dia yang paling happy go lucky..






Memang pilih yang besar besar je ni.. Bungkus nak bawak balik hotel. Buat minum petang ke kan.. Hahaha.. Kalau sebekas tu sekejap je Sue boleh habiskan.. Datang Cameron je confirm tak cukup 2-3 bekas strawberry.. Tiba-tiba teringat pulak masa nak ke Tasik Kenyir lalu Cameron, sanggup singgah sekejap untuk tapau strawberry je.. Dalam masa 10 minit sebekas strawberry tu habis.. Hoho.. masa tu pregnant kan Hadirah la.. ^_^  ~pengsan~



Terima kasih banyak-banyak kat makcik ni.. Siap diskaun lagi tu.. Beli banyak-banyak strawberry dia.. siap petik yang besar besar je.. yang kecil kecil tinggal untuk orang lain.. hahaha.. Dasyat we all ni.. Berapa bekas pun dah lupa.. -_-" Tapi yang still ingat lagi, Hadirah siap dapat aiskrim free lagi.. makcik ni bagi.. Berkenan kat Hadirah kot ni... hehe..

-makan strawberry sampai lebam-

Wassalam.

2 comments:

  1. Bestnyaa!! selalu pergi Ipoh tak berkesempatan nak naik Cameron.. jenuh makan strawbery tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. jenuh la makan strawberry tu.. try la singgah.. :D

      Delete