[Vacation 2014] Cameron Highlands - Glory 78 Steamboat & Snack Corner

Assalamualaikum. Cinta.

Part 3 - Taman Bunga & Kaktus
Part 4 - Taman Agroteknologi MARDI
Part 5 - Strawberry Farm @ Kampung Taman Sedia
Part 6 - Cameron Butterfly & Insect Farm
Part 7 - Cameron Lavender Garden
Part 8 - Minum Petang

Glory 78 Steamboat & Snack Corner 
S-1 Batu 39, Jalan Besar, Tanah Rata,Cameron Highlands 
Tel: 05-4915778 
Facebook : Glory 78 Steamboat & Snack Corner
-Malay Cuisine 
-Western Cuisine 
-Steamboat (Halal) 


Untuk dinner malam kedua di Cameron Highlands ini, memang awal-awal lagi Sue dah aimed Glory 78 Steamboat & Snack Corner Restaurant ni.. Actually dinner ni untuk meraikan ulangtahun perkahwinan Sue yang keempat dengan En. Along.. Alhamdulillah.. Moga-moga kami berkekalan until Jannah.. Aamiin.. hikhikhik.. *blushing* ^__^

Di sini satu-satunya restoran steamboat yang Halal dan daripada tinjauan sebelum berkunjung di sini menggunakan pakcik Google, steamboat di sini dikatakan sedap. Lokasi restoran ini bersebelahan dengan Hotel De' La Fern. Jika dari arah Tanah Rata menghala ke Brinchang, restoran ini terletak di sebelah kanan anda.

Kami cuma order steamboat untuk 3 orang walaupun kami berlima. Sebabnya atas suggestion pekerja restoran itu juga la kami memilih set untuk 3 orang. Katanya memang banyak. Kalau tak cukup boleh tambah lagi.

Sambil sambil tu order juga Banana Ice-cream untuk Hadirah. Dia kan penggemar tegar aiskrim. Kalau tak order something untuk dia, mengamuk pulak... Fuhhhh.. jenuh nanti..




Sue dan En. Along order teh strawberry panas je.. Cuaca kan sejuk.. Nak yang panas panas aje la.. hik hik hik

Kalau nak yang sejuk capai je adik Sue punya jus tembikai ni.. Hahaha..

Portion untuk steamboat tu memang banyak. Terbeliak biji mata tengok.. Habis ke tak ni?




Dapat 2 jenis sup. Sup ayam dan Tom Yam. Ok la tu.. Sapa nak pedas ada pilihan, sapa tak nak pedas (seperti En. Along) boleh pilih sup lain.

Seorang untuk steamboat ini RM24. Ok la kan dari Seoul Garden. Ahakss...

Bila masing-masing dah kenyang, terus terbayang tilam yang empuk je.. -__-" Masing-masing sebenarnya dah keletihan setelah seharian berjalan sakan.

Balik dari dinner ni, En. Along buat kejutan pulak.. Bagi hadiah.. hehe.. Dia kata Hadirah yang pilih.. Ngeee~~~


Haa.. ni mesti beli kat gift shop Cameron Lavender Garden ni.. Bila masa entah mereka berdua ni beli pun Sue tak perasan.. ^_^ Thank you my darling and my little angel.. Love you so much!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment