Terbanjir Dalam Rumah

Assalamualaikum. Cinta.

Kalau kanak-kanak tak "membanjirkan" atau "terbanjir" dalam rumah memang tak sah. Biasa la.. Dah namanya pun kanak-kanak.

Hadirah kini sedang diajar untuk tidak pakai pampers. Bukannya apa.. Dah besar panjang pun. Dah nak ke sekolah dah pun.. Sebelum ni memang payah nak buat dia tak nak pakai pampers.. "Kesian pampers kakak tak pakai.." jawab dia bila kita tak bagi pakai pampers. Kalau tak jawab macam tu pun dia akan mengamuk sakan. Menjerit macam kena dera. Tapi tak buat apa-apa pun kat dia sebenarnya.. -__-"

Baru-baru ni dia sendiri willing tak nak pakai pampers. Dia yang minta sendiri. "Kakak tak nak la pakai pampers.." Bila dah dia sendiri yang tak nak pakai, itu suatu petanda yang bagus. Cuma masalah Hadirah ni, dia takut dengan air kencing dan najis dia sendiri.. -__-"

Part yang satu ni memang susah sikit nak tekankan. Dia memang takut.. Kalau kita bersihkan dia pun, dia mesti takut dan geli nak jejak lantai bilik air tu.. grrrr... Jenuh bertekak dengan dia.. Asyik berpaut aje..

Bila dah tak pakai pampers tu, dia bukannya tak pandai nak beritahu kita dia nak terkencing ke atau ter"buang" ke.. Dia belum boleh nak agak atau nak tahan sebelum sempat ke bilik air. Sudahnya banjir saja dalam rumah.. -__-

Takpe la.. starting kan.. redha je la mengelap najis dia tiap-tiap kali.. Dia pun mandi 3-4 kali sehari. Dah la musim hujan ni.. Sue yang kesejukkan... Risau sejuk sejuk ni nanti selsema. Dia bukan boleh terlampau sejuk atau terlampau panas.. hurmmmm...

Bila dah banjir macam tu, dia terus nak pakai pampers balik.. Kesian pulak kat dia.. Terpaksa dengar mummy dia membebel.. Hahaha.. Bukannya mummy dia tak tanya dia, tapi dia asyik cakap tak la, belum kencing lagi la.. Lepas tu dah terkencing baru jerit jerit.. grrrr... Sabar aje la..

Kena slow slow trained dia ni.. inshaaAllah.. nanti lama-lama ok la tu harapnya.. mudah-mudahan... 


Wassalam.

3 comments:

  1. nanti lama lama dia pandai sendiri kalau selalu diajar :D

    ReplyDelete
  2. Kita dulu2 pun macam tu juge... Sabar yer, dah lama nanti, fahamlah dia.

    ReplyDelete
  3. tulah kan kena kuatkan semangat ajar dia..budak2 zaman sekarang gini lah kan..cakap bukan main bijak tapi pakai pampers..hishh..sama cam anak saya..kalau duk dengan saya weekend saya memang stanby mood ajelah

    ReplyDelete