SELUDUP Bakal Disiarkan di Astro Prima & Maya HD 4 Disember 2014!

Assalamualaikum. Cinta.

Wah.. Tak sabar nak tunggu hari Khamis ni.. Tayangan drama Seludup akan bermula 4 Disember 2014 ini! Fuhhh.. nak tengok Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Raja Ilya, Namron, Syafie Naswip, dan Jehan Miskin sendiri selaku pengarah yang juga pelakon berlakon dalam drama Seludup ni..


Tak puas tengok drama ni masa tayangan perdana sebanyak 2 episod tu.. Tak sabar nak tunggu next episod.. ^_^

Oh ya! 20 November 2014 tempohari telah diadakan tayangan perdana Drama Bersiri SELUDUP ini yang bertempat di TGV, One Utama.

Ingat lagi tak? Sue pernah bercerita tentang Sidang Media Pelancaran Drama Bersiri Seludup ini yang juga menawarkan peluang untuk berlakon dalam drama bersiri ini dan juga wang sebanyak RM15,000.00 tempohari. Para pemenang juga telah diumumkan dalam entri Sue yang INI. Para pemenang dan barisan utama pelakon drama bersiri Seludup ini turut hadir sama semasa tayangan perdana ini. Dapatlah berjumpa lagi dengan para pelakon drama bersiri Seludup dan beramah mesra. Hehe..

* credit to Abang Lan *

Selain itu turut hadir dalam sesi tayangan perdana ini adalah krew produksi, wakil-wakil daripada Astro, penaja, media dan pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama tersebut. Aizat Amdan juga hadir untuk memberikan sokongan kepada drama bersiri ini dan kalau nak tahu Aizat Amdan sebenarnya bertanggungjawab dalam menyediakan lagu latar serta muzik latar untuk Seludup. *winkwink*

So, tayangan drama bersiri ini akan bermula 4 Disember 2014 iaitu Khamis ini di saluran Astro Prima (105) pada jam 9.30 malam dan ulangannya di saluran Maya HD setiap hari Sabtu jam 6.00 petang. Take note ye!

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Ia berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.


Bermula 4 Disember 2014, hari Khamis di Astro Prima (Channel 105) pada jam 9.30 malam.
Ulangannya hari Sabtu di Astro Maya HD pada jam 6.00 petang.

Antara blogger yang turut hadir..

* credit to Abang Lan *



Wassalam.

No comments:

Post a Comment