Pucuk Midin? Makanan Kampung?

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat petang..

Haa.. dah petang petang camni kalau cerita bab makanan meleleh air liur weh.. Sat lagi nak berperang kat dapur la. Perut dah bernyanyi dangdung dah tu..

Semalam Mama Sue masakkan "Pucuk Midin Berlada".. Sapa yang tak tahu rupa pucuk midin tu, cuba imagine kan pucuk paku tapi warna kemerah-merahan.. Cuma daunnya tak la bersimpul macam pucuk paku tang pucuknya tu.. Bentuk daun lebih kurang la..

Mama Sue kata Sue anak Sarawak la ni.. hahaha...boleh pulak gitu.



Actually dulu masa Abah Sue muda lagi, dia training polis kat Sarawak. Exact place is kat Bintulu. Then bila dah kahwin dengan Mama Sue, pun masih lagi menetap kat sana. Sampai Sue lahir pun duduk kat sana beberapa tahun until arwah adik Sue dilahirkan..

Masa kat sana la orang-orang kat sana ajar Abah Sue makan pucuk midin ni.. Kalau orang kat semenanjung ni panggil pucuk midin dengan nama lain tak tahu la pulak kan.. Macam Ummi Zarra panggil pucuk midin ni "Pucuk Midi".. haa.. gitu..

Lunch semalam memang makan lauk-pauk kampung je.. Ada rendang ayam kampung yang mana ayamnya fresh dari kampung Sue kat Kuala Kangsar tu.. Ayam Opah bela la sapa punya lagi yang menjadi rendang... hihi.. Then ikan masin, ulam jering dengan sambal kelapa atau orang kampung Sue panggil sambal nyor.. Hehehe..



Alhamdulillah.. Lauk kampung pun tapi sedap.. Huwaaaaa.. nak balik kampung! Ehh??

Kbai

Wassalam.
posted from Bloggeroid

2 comments: