Public Transport

Assalamualaikum. Cinta.

Semalam after office hour, Sue dan En. Along ke Rawang. Ada urusan di sana. So kalau dah sampai Rawang nak patah balik ke Setia Alam bercinta la nak sampai. Dah la memang dah penat kan.. So decide malam tadi tidur kat KKB je. Lagipun En. Along cuti kan hari ni. Untung orang selangor.. Cuti hari ni.. *jeles*

Bila dah tidur kat KKB, happy la si Hadirah.. Seronok papa dan mummy dia balik. Sebelum tu ada call dia, tanya dia, nak mummy balik tak? Tak nak katanya. Bila tanya, nak papa balik tak, terus jawab "nak.. Tapi jangan la tanya.." huh! Jangan tanya katanya. Amboi.. pandai menjawab dah sekarang ni.. Nak kawan dengan papa dia je.. -_-"

* thanks mama.. love you! Ni kuih kaswi kan? hehe.. *

Pagi ni Sue bangun macam biasa, 5.00 pagi. Siap-siap nak pergi kerja. Tapi En. Along hantar la ke Stesen Bas Tanjung Malim. Naik bas je la. Jimat. Pagi-pagi lagi Mama Sue dah sediakan breakfast. Terima kasih Mama. Tapi Sue makan sikit je. Pagi-pagi ni susah nak terima makanan. Kalau dah start jam 7.00 pagi tu baru la start rasa lapar.. huhu..

Sue naik bas dari Tanjung Malim kira-kira jam 6.30 pagi. Lama dah rasanya tak naik bas dari sana. Sangat sangat jarang. Siap tertidur lagi dalam bas tu. -_- Mengantuk sangat.. Ye la.. semalam pun Hadirah tidur lambat jugak. Terpaksa biar En. Along jaga dia, Sue pulak tidur je dulu.. kikikikiki.. Thanks sayang! ^_^

* view dari dalam bas di Jalan Duta *

Bas dari Tanjung Malim ni akan berhenti kat Masjid Jamek. Ok.. now kena naik LRT pulak. Waaaaa.. lamanya tak rasa naik LRT bersesak-sesak dengan orang ramai. Sambil jalan sambil tengok gelagat orang..

Hurmmmm.. kena biasakan diri ni naik public transport. Starting next week memang kena guna public transport. Kos sara hidup dah meningkat. -_-" Nak tak nak kena berkorban. Letih tu memang letih. Dah pernah rasa macam mana masa mula-mula Sue kerja kat Bangsar ni. Kena guna public transport ulang-alik pergi balik kerja. Masa tu bukan takde kereta tapi Sue yang tak tahu nak drive. Ada je lesen bertahun-tahun. Renew every year. Drive tak pandai-pandai pun.

Bila dah start pindah Setia Alam baru la start belajar driving balik. Kena survive sendiri. Tak larat naik KTM dari Shah Alam ke KL Sentral then sambung naik LRT pulak. Bila nak ke tempat meeting jadi payah la. Kena menumpang orang. Rasa menyusahkan orang pun ada jugak. Tambah-tambah bila kena naik ERL ke Putrajaya then naik teksi atau bas. Huwaaaaa.. masa tu baru tahu. Rugi tak belajar driving. Sob..sob..sob..

Bila dah boleh drive ke mana aje, isu kos pulak. Kalau nak ke tempat meeting takpe lagi. Ataupun outstation. Ok la lagi. Boleh la claim balik. Ni kalau ke office ni masalah jugak. Tol, minyak, parking semua kena keluarkan bajet yang banyak. Parking kat sini mahal-mahal. Better naik public transport dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Tu belum tambah GST lagi tu.. Huhu.. Ini la miskin bandar namanya. Rasa lagi teruk duduk kat bandar dari kat kampung. Huwaaaa... nangis hari-hari macam ni..

Kesimpulannya, kena berkorban. Bersabar dan bertabah je la bila hidup kat bandar besar macam ni.. -_-"

Wassalam.

3 comments:

  1. jangan tambang public transport naik sudahlah ye..huhu

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa nampak kuih kaswi tu..... :D

    ReplyDelete
  3. mudah2an public transport kita makin efficient lepas ni :) so that org tak rasa terbeban or tak suka naik public transport.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete