Pray For Kuala Kangsar

Assalamualaikum. Cinta.

Sekarang ni banjir teruk sedang melanda beberapa negeri..

Jumaat ni cadangnya nak balik kampung.. Dah lama tak tengok opah sebelah mama, atuk sebelah mama dan opah sebelah abah.. 
Bandar Kuala Kangsar pun dah banjir.. Ni gambar yang Sue terima dari saudara-mara..

Dah la kawasan ni betul-betul sebelah Sungai Perak.. :'( Tak dapat la nak makan mee kuale tu.. tapi tak penting pun mee kuale tu.. Yang penting keselamatan dan nyawa..



Tapi tak tahu la boleh masuk ke kampung opah ke tak.. Starting dari hari ni kami semua dapatkan update dari cousins yang ada di kampung..

Kampung opah sebelah abah rasanya akan banjir juga sebabnya kawasan situ rendah. Alangkan hujan sedikit pun air boleh masuk sampai dalam rumah, apatah lagi kalau hujan lebat tak berhenti. Sekarang ni makcik, pakcik dan cousins yang ada di kampung abah sedang sibuk mengemas rumah opah. Naikkan barang-barang yang ada ke rumah bahagian atas sebagai langkah berjaga-jaga.. Rumah opah ni pulak berdekatan dengan Sungai Perak.. Sue doakan semoga semuanya selamat...

Rumah opah sebelah mama pulak di kawasan yang tinggi tapi jalan nak masuk ke kampung tu ada sungai dan empangan. Dengarnya petang ni orang nak lepaskan air di empangan Sungai Kuala Kangsar. Kalau lepaskan air, maknanya naik lagi la air tu.. Lagi teruk.. Terus tenggelam agaknya..

Sama-sama kita doakan keselamatan nyawa mangsa-mangsa banjir di semua negeri yang terlibat.. Semoga semuanya akan selamat dan banjir ini cepat surut..

Ni pun nak balik kampung Jumaat ni risau jugak highway PLUS kat kawasan rehat RnR Sungai Perak tak boleh lalu.. Kalau air berterusan naik tak mustahil kawasan situ akan banjir juga..

Wassalam.

4 comments:

  1. dugaan allah turunkan kepada kita ya allahuakhbar penutup 2014

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan perjalanan...hati2 yer...

    ReplyDelete
  3. dgrnya kawasan taman permainan dengan dgn sungai kuala kangsar tu pun dah habis naik air T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete