Pertama Kali Hadirah Ke Pantai | Pantai Aceh

Assalamualaikum. Cinta.

Ini adalah pertama kali Sue dan En. Along bawa Hadirah ke pantai. Dekat je pun.. Pantai Aceh namanya. Tak jauh dari rumah adik ipar Sue, En. Fariz..

Plan memang nak ke sana awal-awal pagi but biasa la tetap terlewat jugak. Around 9.0p pagi baru kami sampai sana. Sempat singgah ke kedai cari nasi lemak buat bekal sarapan... Hadirah still tidur lagi dalam kereta time ni.. Ye la.. awal sangat kejut dia bangun.. confirm dalam kereta tertidur balik..

Sampai je kat Pantai Aceh, Pulau Indah, terus kejutkan Hadirah. Wow! Bukan main excited lagi dia..





Hadirah yang excited terlebih ni sampai tak sempat tukar baju tidur dia, dia dah bising, ajak gi ke tepi pantai tu.. "Papa..cepat la papa.." asyik ulang banyak kali je..

Mummy dia pulak sibuk melantak nasi lemak.. lapar wehhhh.. Hahaha.. Gilir-gilir makan sebab Hadirah tak menyempat nak main air.. Dia dah nak masuk dalam air sangat dah sampai tak tukar baju pun terus main air. Then dah bagi rasa sekejap main air baru la dia nak tukar baju..





Hamboi.. berjalan molek je kat tepian pantai tu dengan rambut tak bersikatnya.. Haihhh.. tak suka sikat rambut budak ni.. Dah la bangun tidur lagi.. Memang mengerbang je la rambut dia.. huhu..













Suka sangat dapat merasa mandi laut. Papa dia la banyak melayan kerenah dia. Orang tak pernah jumpa laut camtu la.. Seronok tengok gelagat dia.. Sampai sekarang ni dia still ingat lagi pasal pantai dan laut. Sue dan En. Along balik KKB tengok Hadirah ni, dia siap request "Kakak nak pegi mandi sungai.." Hahaha.. tergelak-gelak mummy dengan papa tau.. siap buat gaya ombak tu.. "Nak pegi sungai mana ni?"

"Yang macam ni.. "(buat gaya ombak) Hahaha.. comel je.. "Ok sayang.. Lain kali kita pegi mandi laut lagi ok..?"

Siap merengek lagi.. "Kakak nak mandi sungai tapi dah malam. Dah takde sun.." Eh? Tahu pulak tu dah takde sun. Dah malam. Tapi nak pergi jugak tu.. Dia merungut, dia tahu reason kenapa tak boleh pergi mandi laut dan dia yang sedih.. Cerdik tapi macam tak boleh terima kenyataan yang dia sendiri luahkan.. Haihhhh.. pelik.. Tapi apa-apa pun dia sangat cerdik cuma kena didik dia lagi supaya terima kenyataan yang dia sendiri tahu kenapa dan mengapa. Dia masih belum faham.. Takpe sayang.. It's ok.. Nanti kita pergi rumah paksu kita mandi laut lagi ye..

Rindu pulak kat dia..





Moments yang sangat berharga dan tak boleh dilupakan.. Miss you so much sayang!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment