Pengalaman Pertama Kali Hadir Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog

Assalamualaikum. Cinta.

Sabtu baru-baru ini Sue berkesempatan untuk turut serta dalam Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog anjuran Denaihati


Seminar sebegini sememangnya amat berharga dan membuka mata para blogger seperti Sue dan juga orang lain bahawa mereka juga mampu menjana wang dari blog melalui program affiliate. Penganjur program Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog iaitu Tn. Hj. Amir pengasas blog Denaihati dan rakan-rakan beliau ada mewar-warkan seminar buat duit dengan affiliate tersebut di timeline facebook mereka. Pada masa itu Sue masih lagi berkira-kira untuk join. -__-"

Kena consider dari segi masa yang terhad sebab Sue hanya berjumpa anak kesayangan Sue, Hadirah pada hujung minggu sahaja. So, bila part itu menyebabkan Sue agak keberatan untuk join mana-mana event kalau dibuat hari Sabtu atau Ahad. Lagi satu yang menyebabkan Sue masih teragak-agak adalah kerana memikirkan kos dari segala segi. Tapi jika dilihat ini antara seminar yang agak murah jika nak dibandingkan dengan seminar-seminar lain di luar sana. Cuma mungkin kedudukan ekonomi pada masa itu yang menyebabkan Sue kena pertimbangkan betul-betul. Saat-saat akhir juga la Sue baru mendaftar. Itupun setelah En. Along bagi galakan dan dorongan untuk Sue hadir ke Seminar ini.

Thanks a lot kepada En. Along sebab bagi keizinan dan sokongan moral untuk Sue menghadirkan diri ke seminar ini. Sue sebenarnya memang langsung tak tahu dan tak faham apa itu AFFILIATE. Selalu tengok dan dengar orang menyebutnya tapi Sue sendiri tak dapat gambaran apa sebenarnya AFFILIATE tersebut. So, Sue sanggup korbankan masa hari Sabtu yang kebiasaannya Sue peruntukkan untuk Hadirah dan juga keluarkan sedikit modal demi untuk menuntut ilmu. Tak salah kan berkorban demi ilmu.. ^_^

Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk turut serta membantu team Denaihati bagi melicinkan lagi perjalanan seminar pada hari tersebut. Itu satu lagi pengalaman yang berharga. Terima kasih kepada team Denaihati, Tn. Hj. Amir, Shakiddo, Melastik Bintang, dan juga rakan-rakan lain kerana memberi peluang untuk Sue turut serta dalam seminar ini. ^_^

Thanks juga kepada rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang sama-sama turut serta dalam seminar ini. Ada jugak kawan-kawan sama-sama menuntut ilmu kan.. Mereka adalah Ummi Zarra, Atikah, dan juga Kak Ieta. (First time jumpa Kak Ieta ^_^)

Antara panel yang hadir pada hari tersebut adalah :-

  1. Dato’ Hussamuddin – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf yang telah berjaya membina empayar dalam bidang penulisan dan percetakan.
  2. Encik Titan – Telah menjana ribuan ringgit melalui program Affiliate yang diusahakan melalui rangkaian blog beliau.
  3. Prof Hariz – Mula menjejakkan kaki dalam dunia Affiliate pada tahun 2014, tetapi beliau telah menjana ribuan ringgit dalam tempoh yang singkat.
  4. Suhaimy (Shuth) – Merupakan seorang Internet Marketer yang mempunyai pengalaman mendalam dalam industri penulisan, beliau mempunyai platform jualan ebook tersendiri iaitu klikjer.com.
  5. Zeo Unic – Tahun ini sahaja beliau telah menjana puluhan ribu ringgit dari salah satu program affiliate tempatan. Pakar dalam pemasaran Affiliate menggunakan blog dan SEO.
  6. Eizil – Salah seorang tunggak utama dalam Team Denaihati Network, mempunyai pengalaman blogging lebih 10 tahun dan menggunakan blog untuk menjalankan pelbagai program pemasaran.

*info di atas adalah dari denaihati*


Perkongsian oleh saudara Ridhauddin Hariz yang dikenali sebagai Prof Hariz pada hari tersebut yang telah menjana puluhan ribuan ringgit dalam bidang affiliate tahun ini amat membuka minda Sue dan rakan-rakan yang lain. Siapa yang tak teruja kan?


Seterusnya perkongsian oleh saudara Azrizam Mansor atau lebih dikenali sebagai Zeo UNIC pakar affiliate yang menerangkan perkaitan antara Blog dan Affiliate. Beliau turut menerangkan bagaimana cara untuk buat duit affiliate dengan blog, apa yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan hasil terbaik melalui program affiliate melalui blog, dan juga tips tips untuk memaksimakan earning affiliate. Bukan senang nak dapat ilmu sebegini daripada seseorang yang pakar seperti sifu Zeo Unic ni.. ^_^ Beruntung dapat dengar sendiri..

Panel seterusnya adalah oleh Cikgu Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Encik Titan. Siapa yang tak kenal Encik Titan ni kan.. Seorang yang tidak asing lagi dengan Kitab Teknik SEO Merah Jambunya.

Selepas itu, seminar diteruskan lagi dengan perkongsian oleh Tuan Mohd Syuhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth Wang Cyber iaitu pemilik affiliate Klikjer. Beliau telah memberi penerangan ringkas tentang affiliate yang terdapat di dalam klikjer dan panduan bagaimana menjadi penulis ebook dan yang terbaik. Sebagai penghargaan kepada para peserta seminar, beliau telah memberi hadiah percuma iaitu affiliate beliau sebanyak 30 buah ebook yang bernilai RM1,500.00.  Bertuah siapa yang hadir! ^__^ Beruntung sangat.. Alhamdulillah...

Panel yang terakhir adalah Mohd Hadihaizil Din yang lebih dikenali sebagai Eizil, merupakan pakar dalam bidang domain dan hosting yang telah berkongsi ilmu blogging dan sedikit ilmu Wordpress. 

* credit to Eizil *

Perkongsian oleh kesemua para panel adalah amat bermanfaat buat kami sebagai peserta seminar. Bersyukur sangat.. Untung tau dapat datang ke seminar ini. Banyak info, tips yang boleh dijadikan rujukan dan panduan sebagai newbie dalam bidang affiliate..

Kesimpulan yang dapat Sue buat setelah hadir ke seminar ini adalah ;-

  • Usahalah tanpa mengenal erti jemu jika hendak berjaya.
  • Jika mahu memperoleh wang atau pendapatan yang lumayan, perlukan pengorbanan dan pelaburan. So jangan takut untuk melabur jika hendak berjaya.. ^_^
  • Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih.

Sue cadangkan kepada mereka yang masih belum mengetahui apa itu affiliate, dan juga mereka yang masih mencari ilmu buat duit affiliate agar melayari laman web berkaitan affiliate ini.

* dah lama tak jumpa Namia.. Rindu.. * 

* credit to Ummi Zarra *

Wassalam.

2 comments:

  1. Moga berjaya menjana income dengan program Affiliate Sue.

    ReplyDelete
  2. Jom kita sama2 tuntut ilmu dalam affiliate ni ye mummy...

    ReplyDelete