Nebulizer Untuk Tidur Lena

Assalamualaikum. Cinta.

Ini bukan entry suggestion untuk guna Nebulizer ye kalau nak lena tidur.. Jangan salah faham... Hehe..

Malam tadi sekitar jam 1.00 pagi si Hadirah terjaga sebab batuk-batuk sampai muntah-muntah. Kesian kat dia.. Sakit katanya. Hati ibu mana tak risau bila tengok anak dia dalam keadaan macam tu..

So bila dah jadi macam tu, cepat-cepat bersiap nak ke klinik panel. Mula-mula Hadirah memang tak nak ke klinik. Pujuk jugak la sampai dia nak.. Risau. Nafas dia pun berbunyi je. Dia pun mengantuk sangat-sangat plus letih tu sebab siangnya main-main dengan papa dia. Mummy dia ke seminar seharian semalam. Pasal seminar nanti Sue story dalam entry lain ye.. Bila dah letih dan mengantuk, dia tak nak ke klinik.. Pujuk..pujuk..dan terus pujuk..



Sampai je kat klinik, memang takde orang pun so lagi cepat prosesnya. Doctor kata Hadirah banyak kahak. So kena ambil nebulizer gas untuk redakan Hadirah. Ok.. ini sebenarnya dah kali ketiga Hadirah kena ambil nebulizer gas. Hurmmmmm... risau pulak. Doctor dari klinik lain sebelum ni pun pernah cakap, risiko untuk Hadirah terkena asma tinggi sebab ada keturunan. Father-in-law Sue ada penyakit asma. Itu lagi la nak kena berjaga-jaga.


Diam je bila kena camtu.. Nak dengan papa dia je. Siap suruh mummy bawa kereta, dia nak duduk dengan papa dia je sebelum ke kliik tu..

Balik dari klinik, terus makan ubat, bagi susu dan dia pun lena. Tak sempat habis susu dia pun. Mengantuk sangat la tu.. Ni pun sekarang ni dia belum bangun lagi. Ubat yang bagi semalam pun agak mengantuk.. ditambah pulak dengan muntah-muntah malam tadi yang meletihkan..

Apa-apa pun mummy doakan Hadirah diberi kesihatan yang baik. Takmo sakit sakit lagi. Kurus Hadirah nanti.. huhu.. Moga hari ni Hadirah sihat seperti sediakala.. amin..

Wassalam.

1 comment: