Menikmati Aiskrim Coklat Sambil Menonton Perlawanan Akhir Malaysia vs Thailand

Assalamualaikum. Cinta.

Sambil sambil tengok Final Piala AFF Suzuki Malaysia vs Thailand di kaca televisyen tu, boleh la menikmati aiskrim coklat yang simple ni.. ^_^

Hadirah pun layan je aiskrim coklat ni.. Hadirah memang penggemar aiskrim tegar macam mummy dia. Eh! Hahahaha..


Bahan-Bahan:-
1. Aiskrim
2. Coklat - malam ni Sue guna coklat Cadbury Mixed Nuts
3. Pisang (untuk hiasan) - if nak letak buah-buahan lain pun boleh..




Cara-Caranya:-
1. Cairkan coklat - Kena cairkan coklat la coklat tu dulu sebab Sue guna coklat Cadbury Mixed Nuts. Nak guna coklat apa-apa pun boleh.
2. Setelah coklat cair, tuangkan atas aiskrim. Kena tuangkan cepat-cepat sebab coklat tu akan keras kembali sedikit bila sejuk. So kena tuangkan masa panas panas.
3. Pisang yang dipotong diletakkan atas aiskrim dan coklat sebagai hiasan. Nak letak buah-buahan lain pun boleh.. Tak nak letak pun takpe. Ikut suka dan selera masing-masing..

Taraaaaa..
Siap!


Boleh la nak lepak-lepak tengok bola tu.. hehe.. Makan aiskrim ni dengan coklat, umphhhhh.. sedap weh! Terasa kerangupan kekacang yang ada dalam tu.. ^_^


Wassalam.

No comments:

Post a Comment