Legoland Malaysia | Nusajaya, Johor

Assalamualaikum. Cinta.

Entri yang lepas berkenaan dengan percutian singkat Sue sekeluarga di Legoland. Entri kali ini Sue kongsikan review dan maklumat berkenaan dengan Legoland Malaysia ini.


LEGOLAND Malaysia
Medini, Nusajaya,
Johor, Malaysia

Mail Box
LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
P.O. Box 26,
81550, Gelang Patah,
Johor
Service Tel. : +607 597 8888  (Mon - Sun, 8.30am – 5.30pm)
Service Fax. :  +607 597 8804
Email : info@LEGOLAND.my
Website : 
http://www.legoland.com.my/
http://blog.legoland.com.my/

Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang mampu membina sebuah Legoland dan merupakan negara yang keenam di Dunia selepas Denmark (1968), UK (1996), California (1999), German (2002), dan Florida (2011). Amat membanggakan pencapaian yang satu ini. Legoland Malaysia telah dibuka kepada orang ramai pada 15 September 2012.

Lokasinya yang terletak di NusaJaya, Johor di mana lokasi ini sedang pesat membangun dengan pelbagai tarikan pelancongan dan keluasan Legoland ini kira-kira 76 ekar.

Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).

Taman Tema Legoland Malaysia adalah pusat tarikan Medini Lifestyle, hub gaya hidup dan hiburan di Medini Iskandar Malaysia yang turut termasuk pusat membeli-belah, pembangunan komersil dan bangunan pejabat.


Harga Tiket Legoland Malaysia


* sumber gambar : website Legoland 

Jika anda pemegang MyKad, ada diskaun untuk anda. Walaubagaimanapun, harga tiket ini tertakluk kepada terma dan syarat Legoland Malaysia. Boleh rujuk website LEGOLAND MALAYSIA ini. Ada masa masa tertentu terdapat diskaun istimewa yang ditawarkan. Jika berhasrat untuk ke Legoland sila dapatkan maklumat dan harga tiket pada tarikh yang anda rancangkan untuk ke sana.


Taman Tema Legoland Malaysia

Legoland Malaysia mempunyai 7 tema di dalam Legoland seperti :

  1. The Beginning (Pengembaraan bermula , Dapatkan Legoland merchandise)
  2. LEGO Technic (Masa untuk mencuba permainan yang extream)
  3. LEGO Kingdom (“Conquer The Dragon Coaster”, romp through hideaways and ride astride the Royal Joust)
  4. Imagination (Bermain Lego anda bersama keluarga mengikut imaginasi anda)
  5. Land Of Adventure (Bersedia untuk “fire laser blasters”)
  6. Miniland (Melihat model mercu tanda Malaysia dan Asia)
  7. Lego City (Memandu sendiri kereta Legolands, dan dapatkan lesen memandu anda)
Land Of Adventure



Miniland
















Legoland Water Park

Legoland Water Park yang telah dibuka pada 21 Oktober 2013 di sebelah kanan Legoland Malaysia merupakan satu lagi tarikan utama yang terdapat di sini. Legoland Water Park telah menjadi taman air yang terbesar di dunia dan yang pertama di Asia. Legoland Water Park ini telah menampilkan 20 permainan dan tarikan merangkumi lebih 70 model Lego disekitarnya. Taman Tema Air ini juga mengandungi lebih daripada 3 juta liter air.




* sumber gambar : website Legoland


Legoland Hotel

Legoland Malaysia Resort kini telah lengkap dengan pembukaan Legoland Hotel awal tahun 2014 yang menjadi destinasi pelancongan yang terbesar di Asia Tenggara. Legoland Malaysia Resort ini terletak di tengah-tengah pusat yang sedang pesat membangun wilayah Iskandar Malaysia, dan ianya boleh diakses oleh pengunjung tempatan dan  juga antarabangsa.



Untuk info lanjut anda boleh lawati laman sesawang dan facebook Legoland Malaysian seperti di bawah.

http://www.legoland.com.my/
http://www.facebook.com/LEGOLAND.my

Wassalam.

No comments:

Post a Comment