Ladies Only!

Assalamualaikum. Cinta.

Huh! Ada jugak ye spesis manusia yang tak reti bahasa. Dah terang-terang "Untuk Wanita Sahaja" takkan tak reti baca lagi. Kalau tak tahu baca in Malay pun dah ada "Ladies Only"..

Apa punya spesis la..



Sue memang emo hari ni ye.. Harap maklum. So memang kalau nampak benda tak betul hangin la..

Tadi naik komuter dari KL Sentral ke Rawang, boleh pulak koc wanita tu ada beberapa orang lelaki yang tak sepatutnya naik koc ni.. Hoi!! Ko ni tak reti baca ke apa? Simbol pun dah ada. Terang-terang dah ada simbol bagai.. Pink lagi tu.. Takkan tak boleh nak beza? Grrrr..

Ada lagi insiden lain yang berlaku selain lelaki naik koc wanita dalam komuter tadi.. Boleh pulak takde orang nak bagi seat kat orang yang sepatutnya. Ada ibu yang bawak anak-anak kecil. Anak-anak pulak sedang rajin nak explore sana sini. Sampai budak tu terhantuk kat tiang dalam komuter bila komuter bergerak. Kesian la.. Tapi takde sorang pun yang bangun bagi seat kat ibu ni atau budak-budak tu.. Sue ni pun berdiri tepi dinding je.. Grrrr.. geram betul.

Yang dapat seat semuanya sihat-sihat dan muda-muda belaka. Haihhhh.. ape punya spesis manusia la.. Kalau Sue publish gambar depa ni kat sini famous pulak dorang ni.. Huhu..

Pandang kiri, insiden budak-budak tu.. Pandang kanan insiden orang tua tak diberi seat.. Haihhhh.. apa la salahnya beri seat kepada yang lebih memerlukan.. Muda-muda belaka pulak tu yang dok depan tu.. Grrrr..

Hari ni memang menguji kesabaran betul la..
Dah la memang serabut dengan masalah yang tak habis-habis.. Kat office gini, kat luar gitu.. haihhh.. mendidih je rasa.. Sabar je la.. hurmmmm..

Sue pun dalam komuter lagi ni.. Nak balik KKB lagi.. tu yang membebel ni..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. memang boleh mendidih je rasa bila naik komuter tengok benda benda camtu. pastu jenis yang tak reti nak beratur, nampak line panjang dia selamber dek je pi kedepan skali. pompuan pregnant pun ditolaknya. Haishhh mcm mcm perangai orang naik komuter ni kan

    ReplyDelete