Kerana Semalam, Hari Ini Derita

Assalamualaikum. Cinta.

Ahakss.. macam derita sangat kan.. *drama* Hari ni Sue MC ye.. So jangan nak ganggu gugat ketenteraman Sue hari ni boleh.. Kejam? Tak la.. mana ada kejam sangat.. Just jangan call je.. Tak nak angkat panggilan sesiapa kecuali En. Along dan ahli keluarga.. Boleh? Kalau nak whatsapp boleh lagi. Cuma jangan mengharapkan reply within sesaat la ye.. hoho..

Sue baru balik dari klinik ni.. Lambat kan? Mana tak lambatnya. Dah bangun subuh subuh tadi lagi nak ke tempat kerja macam biasa tapi tiba-tiba tak boleh jalan! Deng! Dah kenapa? Sakit yang teramat kaki Sue tiba-tiba.. sobsobsob.. Turun je dari katil nak  melangkah kaki, sakit sangat.. langsung tak boleh nak bergerak..

Sudah.. kaki buat hal pulak.. Eh! Kesian kaki Sue.. Ni mesti gara-gara fire drill pagi semalam ni..
Merangkak je kalau nak pergi ke bilik air takpun mengesot.. Bersyukur Tuhan masih beri tenaga nak bergerak.. Alhamdulillah.. ni baru sikit ujian Allah swt.. Baru tak boleh jalan hari ni... Kalau forever? Astagfirullah..  *insaf*


Tadi pun tersangat la slow turun tangga nak ke kereta. Tu pun tunggu jugak la boleh berjalan sikit sikit baru la bersiap untuk ke klinik. Gagahkan jugak la.. Oh ya! Rumah Sue ni apartment takde lif. Ada tangga je.. Duduk pulak tingkat 2.. So redha je la.. Memang jalan macam orang dalam pantang pun ada, macam orang bengkak kaki pun ada.. macam-macam gaya jalan pun ada.. huhu.. sedihnya.. sobsobsob..

En. Along takde. Dia ada exam KPSL di MAEPS, Serdang so seawal 6.15 lagi dia dah keluar rumah. Dia ke sana pun dengan officemate dia, so kena la gerak awal.. Jammed lagi.. Takut tersesat macam semalam lagi.. Sedih. Sorang-sorang je survive nak ke klinik panel tadi.. -___-

Sampai area klinik, parking yang betul-betul depan klinik takde. Yang dekat-dekat pun takde. Huwaaaaa.. nak nangis. Parking je la jauh sikit. Menapak la jauh jauh. Tahan je sakit kaki ni.. Sedih. Jalan dah macam orang pantang dah. Terkial-kial lintas jalan..

Dah selesai jumpa doktor, ambil ubat dan MC semua, sedih. Sadis. Nak menapak ke kereta lagi. Ditambah hujan renyai-renyai.. Huwaaaaaa.. bertabah je la.. Ada jugak yang berhujan dalam hujan ni.. Nangis jugak kang..

Sabar Sue.. sabar.. sikit je lagi nak sampai.. motivate diri sendiri je ni.. dalam hati memang nak nangis dah.. Kang orang yang lalu lalang ingat apa pulak ni.. -___-"

Sebab tabah dan sabar la berjaya jugak balik rumah. Kalau driving tak sakit sangat tapi nak jalan, turun naik tangga, part yang tu yang sakit. Sampai je rumah, naik tangga pulak. 4, 5 anak tangga stop. 4, 5 anak tangga stop. Lambat la sampai rumah.. Menahan sakit. Sedih. Takde orang nak tolong dukung ke pikul ke sampai ke rumah.. eh! Hahahaha.. dalam sakit sakit sempat berangan.. Termengah-mengah naik tangga.. Fuhhh.. berpeluh-peluh hakak ni..

Kejap lagi nak makan ubat dan zZzzZzz la jawabnya.. penat sangat walaupun ke klinik je..

Wassalam.

2 comments:

  1. Get well soon k....
    Join join giveaway di blog
    http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

    ReplyDelete