Jalan-Jalan di Tesco | Rawang

Assalamualaikum. Cinta.

Cuti Christmas kali ni sebenarnya tak la plan nak ke mana-mana. Tapi disebabkan adik Sue nak beli barang di Tesco Rawang, so Sue pun join sekaki. Asalnya tak nak bawa Hadirah. Ingat nak tinggalkan dia dengan papa dia je. Nak keluar senyap-senyap la kononnya..

Tapi tiba-tiba Hadirah keluar bilik, tengok Onie dia..

Hadirah : Onie nak pegi mana?
Mama Sue : Onie tak pegi mana-mana la.. Onie duduk rumah je..
Hadirah : Tu.. nape Onie pakai macam tu?
Mama Sue : Eh.. kan Onie pakai kain batik ni..

Hahahaha.. tergelak-gelak Sue dengar budak bijak ni tanya Onie dia.. Haa.. jenuh nak kelentong.. Sebenarnya memang la Onie dia pakai kain batik tapi pakai seluar slack kat dalam. Baju yang Mama Sue pakai tu dia cam.. Baju duduk rumah dengan baju keluar jalan-jalan dia cam.. tu belum pakai tudung lagi tu.. Alahai.. kesian pulak bila dia tanya-tanya macam tu..

Tu yang terus angkut Hadirah dengan papa dia sekali..

Tesco memang tempat favorite dia la... Dia tahu kat Tesco ada tempat main.. Sampai je Tesco Rawang, dia tanya "Tesco ni?" dengan nada yang maca terkejut plus hampa. Apa dia ingat Tesco ni takde tempat main ke..? -___-" Dia tahu Tesco Bukit Sentosa dan Tesco Setia Alam je ada tempat main.. Sebab dia pernah main games yang ada kat situ..

Bila dah dapat tempat main sure la tak nak balik..




Asyik melayan Hadirah main sampai mummy dia ni terlupa nak beli barang.. -__-" Sampai menangis la tak nak keluar dari tempat ni.. Jenuh pujuk. Tu pun berjaya sebab dapat satu toys.. Haiyoooo.. Kalau kekurangan ongkos memang tak bawak la dak kecik ni.. Padahal dia dah siap promise dengan papa dia tak akan beli toys.. Tapi sampai tempat ni lupa terus janji-janji manis dia.. grrrr... -__-

Sebelum balik sempat lagi Hadirah beli aiskrim. Beli kat Frosty Delight Tesco Rawang pulak.. Sangat menarik.. ^___^



Sambil sambil tu menunggu makanan dari Hot & Roll jugak.. ngeeee~~~ makan lagik! 
Baju pun dah mengecil.. sobsobsob..



Itu je yang dapat dicoret.. Tak banyak aktiviti pun.. Dah beli barang terus balik. Hujan pun lebat..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment