Hot Lemon Tea Seteko

Assalamualaikum. Cinta.

Tengahari tadi Sue lunch kat D'Serene Cafe.. Oh ya! Lupa pulak.. Sue kan tengah training IPv6 Level 1 kat Solaris, Mont' Kiara minggu ni. So minggu ni Sue tak masuk office. Kerja pun kurang sikit nak tengok.. Kalau sempat sentuh, sempat la jawab mana yang patut..

Lunch siang tadi trainer Sue yang bawak lunch kat situ. Semalam dia bawak pi lunch kat kedai mamak.. Ada rupanya.. Ingat non-halal je.. huhu.. Kawasan tak familiar payah la sikit nak cari tempat makan. Hanya orang yang bekerja kat sini je tahu mana nak cari tempat halal. Malangnya company yang anjurkan training ni takde staff malay.. Pasrah la..

Nasib baik trainer malay. So dia dah biasa mengajar kat sini and tahu la mana lokasi nak makan.. Tu yang dia bawak Sue dan kawan-kawan lain sekali. Lagipun student dia minggu ni 4 orang je.. Hehe..

Yang paling best trainer yang belanja lunch.. Ehh.. kitaorang pulak yang segan..

Alkisahnya Hot Lemon Tea Seteko ni bukan ape.. Lunch tadi Sue order la Hot Lemon Tea..



Sekali...
Seteko terus sampai kat meja.. Tercengang-cengang jugak la Sue. Member pun terkejut. Yang member sorang lagi pun order Hot Tea, dapat jugak seteko.. Hah! Ambik!

Sue tengok harga dalam menu sekali imbas tu ada la dalam RM5-RM7 tapi tak ingat la exact harga dia. So ingatkan standard la harga cafe kat tempat macam tu, harga dia memang gitu.. Yang encik trainer pun tak cakap pasal ni.. huhu.. Mungkin dia pun first time tengok agaknya.. Dia order Hot Coffee takde pulak seteko.. Secawan je dia dapat.. Adeh..



Sapa pulak yang nak habiskan ni?? Ni dah macam nak suruh kitaorang lepak kat situ sampai petang je.. hahahaha.. Dalam menu pun takde pulak tulis kat situ seteko ke secawan ke.. Adeh! Kembung la perut masing-masing.. hahaha.. Siap mengantuk lagi dalam kelas..

Sampai sekarang rasa kembung perut lagi ni.. Adeh!



Ada jugak la yang fobia nak minum teh seminggu ni.. hahahaha.. fobia oii!!

Thanks encik trainer sebab belanja kami semua lunch hari ini dan semalam.. dan hari-hari seterusnya.. eh???

Kbai.

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment