Gara-Gara Fire Drill

Assalamualaikum. Cinta.


Gigil kepala lutut dan sakit kaki Sue ni hari ni bila pagi tadi ada fire drill. Sabar je la.. -_-

Mana tidaknya.. Last week dah heboh nak buat fire drill. Tapi tak jadi. Bukan sekali tau, tapi ada la dalam 2-3 kali. Turun naik lif je minggu lepas. Sangat membuang masa. Bukannya apa.. Naik lif cepat-cepat sebab tak nak kena turun tangga bila loceng kebakaran berbunyi.

Sekali.. padan muka! Hari ni tak sempat turun guna lif. Menapak la turun tangga dari level 31 tu.. haihhh.. Sue sempat tekan butang lif je. Baru je tekan terus loceng kebakaran berbunyi. Deng!

Jenuh jugak la turun tangga. Siap boleh jammed lagi kat tangga tu. Bila dah sampai level 15 tu, kaki Sue dah start menggigil. Mengira every floor, bila la nak sampai.. -_-" 10 level terakhir tu boleh pulak tangga jammed. Ye la.. dah every floor orang keluar menuju ke tangga.. Penuh la tangga tu. Dah la kecik je..


Berjalan la kami beramai-ramai menuju ke assembly area. Deng! Jauh pulak.. Gigil kaki ni weh! Rasa dah tak larat nak melangkah. Hampir-hampir pengsan dibuatnya... Grrrr.. Dah la lapar time ni.. Tak sempat nak breakfast.. hurmmmm..


Hahahaha.. of course la kami ber"wefie" bila bosan begini.. Kepenatan tu..turun tangga dari level 31.. Sakan.. Ni kalau betul-betul kebakaran ni tak dapat la nak melenggang saja.. terbakar dah kat atas tu haa..

Ok la.. nak rest.. rest kan kaki ni.. kesian dia.. Sambil-sambil layan Supernatural.. Deng! Terpengaruh lagi tengok drama bersiri ni.. siap dah habis season 4.. hahahaha..

Wassalam.

************update info**************

Kalau orang yang mengandung atau OKU, mereka ada kad khas di mana memboleh mereka untuk menggunakan lif. Pihak TM Floor Marshall akan mengambil mereka ini di setiap floor menggunakan lif khas. So kalau pregnant boleh apply kad khas ini.. ^_^

6 comments:

  1. Tinggi tu dari level 31 tu... hu hu hu....

    ReplyDelete
  2. hai kawan kawan level 31.... =)

    ReplyDelete
  3. Tingginya..kalau ada yanh mengandung or oku pun kena turun cam tu gak ke? Nasib baik office saya tingkat satu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.. kalau org mengandung or OKU dorang ada kad khas dan akan diambil oleh pihak TM Floor Marshall guna lif.. :D
      So tak payah turun tangga. Nak naik lif kena ada kad khas..

      Delete