Farm In The City | Seri Kembangan

Assalamualaikum. Cinta.

Cuti-cuti sekolah ni saja la bawa Hadirah jalan-jalan. Kebetulan memang dah lama rancang nak ke Farm In The City, Seri Kembangan. So bila dah ada masa yang sesuai, bajet yang mencukupi, tiada kekangan lain, makanya berjalanlah kami ke Farm In The City.

Farm In The City
Alamat : Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan
Tiket :-
  • Dewasa : RM 30
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun : RM 25
  • Kanak-kanak bawah 90cm : Free
  • Senior Citizen RM 25


Harga tiket di atas adalah untuk pemilik mykad. Kalau tiada mykad, mahal sikit.

Memang menarik tempat ni untuk kanak-kanak seperti Hadirah. FITC ini merupakan petting zoo hak milik persendirian. Friendly Zoo..


Excited tau Hadirah ni.. Siap bawak ladybird kesayangannya yang diberi nama "Buzz Buzz". Mana dia dapat nama tu entah.. Kalau dia tanya buzz buzz mana, cari ladybird dia la tu.. Beg sekolah pun tak tinggal.. -__-


Walaupun FITC ini tidaklah sebesar Zoo Negara, tapi ianya sangat mesra family dan kanak-kanak kerana tempatnya yang redup dan agak tertutup. Boleh beri makan kepada binatang yang ada di sini kecuali binatang atau haiwan yang berbahaya.

Jom tengok apa aktiviti Hadirah sepanjang berada di FITC pada hari tersebut..




Di FITC, pekerja-pekerja di sini akan memberikan kita makanan yang boleh diberikan kepada binatang. So Hadirah lagi la tak lepaskan peluang.. Bukan senang dapat peluang begini selalu.






Disebabkan Hadirah tersalah panggil orang yang jaga bahagian rabbit ni, "papa", makanya orang itu yang pada mulanya nampak macam malas nak layan kanak-kanak, boleh pulak layan Hadirah. Dia bagi Hadirah dukung rabbit. Suka la Hadirah..



Alahai.. comelnya awak ni Hadirah.. Patut la ramai sangat pekerja kat situ ikut awak. Ada sorang photographer tu asyik la ikut awak. Dah berapa banyak gambar awak dia ambil entah la.. Tapi Sue tak beli pun.. hukhukhuk.. bajet nak beli gambar takde time tu.. huhu.. pakai phone pun boleh..







Happy la Hadirah.. Takpe.. lain kali kita datang lagi.. Nasib baik la ada FITC ni.. kalau tak jenuh la kena ke Bukit Tinggi sebab Hadirah asyik cakap nak tengok rabbit, nak bagi rabbit makan.. Dia siap cakap, "rabbit yang banyak banyak tu.." Dah tau dah dia merujuk kepada tempat mana yang dia dah pernah pergi... Confirm dia nak ajak ke Bukit Tinggi lagi tu.. Jauh la sayang.. 

After dapat ke FITC dia dah tak ungkit dah.. fuhhh.. dia tak ingat lagi tu.. Lama sikit dia ingat, mesti dia mintak lagi..


Overall, kami semua enjoy ada kat sini.. Cuma kami tak dapat tengok pet show.. Sebab kami tak la tunggu sampai masa show nya.. Ada masa masa tertentu baru ada show. Next time la ye..

Hadirah paling enjoy. Kalau dia tak puas, dia takkan ajak balik.. Dah puas baru dia nak balik..hehe..

Wassalam.

1 comment:

  1. Wahhhh dah sampai dah dia ke Farm in The City... Nampak menarik... Tiba2 nak bawak Ash...

    ReplyDelete