Family Day 2014 : Pulai Spring & Golf Resort | Johor

Assalamualaikum. Cinta.

Fuhhh.. jenuh nak menghabiskan entri dalam draft ni.. Sebelum 31 Disember 2014, kena habiskan entri tahun ni punya.. kuikuikui..

Kesinambungan dari outstation tempohari..

Back to the title..

Family Day 2014 kali ini diadakan di Pulai Spring & Golf Resort, Johor dan juga di Legoland, Johor. Best dapat ke Legoland free of charge.. Bukan senang nak dapat tiket free.. Company sponsor of course la join.. ngeh ngeh ngeh.. ^_^


Sue nak beri beberapa komen baik dan yang tidak baik sepanjang program berlangsung. Mungkin kebetulan banyak kejadian yang membuatkan ramai orang (officemate Sue dan ahli keluarga mereka termasuk Sue sendiri) yang agak marah dengan pihak pengurusan company dan juga hotel. Bukan nak kondem ke apa ke.. Sekadar menyatakan perasaan dan pendapat supaya dapat diperbaiki lagi di masa hadapan..

Kami sampai memang awal sebenarnya. Tapi tak dapat nak check-in sebab bilik belum ready. Ok fine. Part tu memang la kami faham. Check-in biasanya jam 2.00 petang, at least. Aktiviti on that day dimulakan dengan Majlis Staff Convention yang bermula sekitar jam 2.00 petang. Hanya staff sahaja yang diwajibkan masuk ke dewan untuk majlis tersebut. Ahli keluarga pula diminta untuk menunggu di lobi hotel untuk mengambil kunci bilik. Itupun management company yang uruskan. Kena tunggu nama dipanggil baru boleh ambil kunci.


Sehingga majlis bermula pun masih ramai yang belum dapat kunci bilik. Sampai dah half majlis pun masih ramai yang belum dapat kunci bilik lagi. Boleh bayang kan tak, mereka yang ada anak-anak kecil, melepak kat lobi, tak buat apa-apa, dalam keadaan kepanasan..? Agak menyirap la.. Dah la Hadirah tu tak tahan panas. Dia pun dah letih menunggu since jam 12.00 tengahari lagi. Sue pulak tak dapat nak tengok-tengok dia. Nak lari keluar dewan tak lepas. Deng!

Majlis tamat agak lambat. Jam 5.00 petang lebih kurang. Padahal sepatutnya dalam tentatif program, after Majlis Staff Convention yang tamat sepatutnya pada jam 4.30 petang, akan diadakan pula acara sukaneka. Tapi Sue memang tak turun pun. Ramai lagi yang tak turun ke padang. Dah la dah lewat. Bilik pulak baru dapat. Sehingga jam 6.00 petang, masih ada yang belum dapat kunci bilik. Pihak hotel especially housekeeping masih lagi dok mengemas bilik. Bayang kan.. sampai 7.30 malam pun masih ada lagi staff company Sue yang baru dapat bilik. terkial-kial mengangkat beg. Tu pun setelah CEO sendiri menunggu di front desk hotel dan menggesa pihak hotel mempercepatkan proses memberi kunci bilik kepada kami.

At the same time, Hadirah after mandi, dia tidur sehingga jam 8.00 malam. Tu pun mengamuk sebab kejut dia bangun tidur. Terpaksa kejut jugak. Jam 8.00 malam jika ikut tentatif, dah start untuk Majlis Appreciation Dinner. Dengan iron yang Sue request berjam-jam lamanya tak sampai sampai. memang la tak sampai sebab dah ramai sangat yang guna. Geram jugak. Menyesal pulak tak iron baju awal-awal. Huh! Terpaksa ke bilik orang lain untuk iron baju. Mujur la ada..

Sebelum dapat kunci bilik, semasa lunch, Hadirah mengamuk sebab dia dah nampak swimming pool, of course dia nak mandi dalam tu.. Haihhhh.. sampai Sue tak sempat nak makan tau lunch tu.. Kelam kabut at that day.. Lapar la bila dah petang.. Tahan je la sampai dinner..


Bersiap untuk dinner pun ala kadar je.. Hadirah pun kejap ok kejap tak. At that night every department kena buat persembahan. Tema majlis malam itu, Color Blocking. Jenuh la mencari baju. Tapi simple simple je la.. kalau dengan Hadirah mana nak siap cepatnya.. Hadirah agak moody mula-mula tu. So agak kelam kabut la.. Agaknya dia still mengantuk dan letih. Lama-lama baru la mood dia ok..


Shawl : Premium Glitter Long Shawl from Sincerelybyushawls Boutique (IG : @sincerelybyushawls , FB : Sincerelybyus Booutique)
Skirt : Long Flower Skirt from Dolce Amera (IG : @dolceamera)
Top : My Adik's Collection (pinjam je.. hehe)





Masa dinner ni memang tak banyak ambil gambar. Sibuk dengan Hadirah dan juga persiapan untuk persembahan. Oh ya! Memang kelam kabut la sebab Sue dah beberapa hari tak masuk office sebelum dinner ni so macam mana nak praktis step gerak dan nyayian. Dah la ada lagu yang bertukar.. -_-" Memang gasak je la.. Sempat parktis sekejap petang tu je.. tu pun sebab kami semua tak turun ke padang untuk sukaneka.. huhu.. Jenuh..

Tapi alhamdulillah.. semua berjalan lancar. Gasak la kat atas pentas tu.. Gigil memang gigil la sebab ramai orang dok tumpu perhatian.. Malu wehhhh.. dah la ada staff yang tak pernah bersua muka.. ni semua staff satu Malaysia turun padang tau.. Ada yang memang Sue tak pernah jumpa sebab mereka ni ada di negeri. Selalunya berhubung melalui telefon dan emel. Ada juga yang kalau Sue outstation baru la bersua muka.. kalau tak, tak kenal punya.. @.@

That night kami pulang awal sikit dari orang lain. Tengok macam dah tak banyak acara yang menarik dan melibatkan Sue, so blah awal la.. Hadirah pun dah start merengek. Dia tak boleh duduk diam dalam satu satu majlis lama-lama. Dia lebih prefer duduk di rumah. Tak berapa suka keluar.. Kalau duduk di hotel pun macam tu juga.. Cuma yang dia suka kalau dapat mandi dalam swimming pool.. Yang tu lama mana pun takpe..

Sepanjang menginap di Pulai Spring & Golf Resort ni keseluruhannya ok. Food ok.. Bilik pun ok.. Dapat Studio Suite. Malam pertama je company sponsor. Malam kedua bayar sendiri sebab Sue pun balik KL hari Isnin. Orang lain ramai yang dah balik after ke Legoland. Cuma hari pertama je la yang agak kelam kabut pengurusan hotel dan company Sue sendiri.. So diharap semua pihak after this mungkin kena lebih peka dan perbaiki lagi mutu perkhidmatan.. peace!

Esoknya kami semua ke Legoland..

To be continued..

Wassalam.

1 comment: