Family Day 2014 : Legoland | Johor

Assalamualaikum. Cinta.


Hari tu Sue ada story pasal Family Day company Sue kan.. Kami menginap di Pulai Spring & Golf Resort.

Keesokkan harinya, kami semua ke Legoland. Tapi Sue sekeluarga keluar lewat compared to orang lain. Mereka pagi-pagi lagi dah gerak ke sana. Kami keluar pun dah tengahari. Hadirah siap mandi dalam swimming pool lagi pagi tu after breakfast. Mana tak lambatnya.. -___-"

Memang kepanasan la ke Legoland tengahari buta macam tu.. Hahahaha.. Sapa suruh lambat kan.. Hitam habis seharian di Legoland.. Kahkahkah.. Terbakar kulit we all tau.. T__T

Kami park kereta kami di area Medini Mall. Jauh sikit la sebab parking yang dekat dekat dah penuh. Lebih mudah sebenarnya kalau parking di area Medini Mall. Jalan terus je melalui Medini Mall dah boleh sampai pintu depan Legoland.


Hadirah sebenarnya masih tidur masa kami sampai di Legoland tu.. Puas jugak kejutkan dia. Sampai terpaksa kami letakkan dia betul-betul depan laluan keretapi Lego barulah dia terjaga. Tu pun sebab dengar bunyi keretapi Lego tu lalu.. Boleh pulak lena tengah tengah panas macam tu.. -__-" Rasanya sebab kepenatan mandi manda kat swimming pool hotel sebelum bertolak ke Legoland..


So banyak aktiviti kami tak buat or tak main pun. Besar jugak Legoland ni.. Penat berjalan.. Hadirah la yang paling excited.







Hadirah dengan bantal busyuk memang tak dapat dipisahkan.. -___-" Nasib baik la bawak kalau tak jenuh la nak patah balik ke tempat parking kereta yang jauh tu.. Nasib baik jugak bawak stroller sebab Hadirah ni baru berjalan sikit dah penat.. Mengomel je dia tu.. -___-"



Kami hanya melawat dan singgah di beberapa tempat sahaja. Banyaknya kami skip. Kami terus ke cafe yang disediakan untuk makan terlebih dahullu sebelum ke kawasan Water Park. Kami mendapat maklumat bahawa Water Park akan ditutup sekitar jam 6.00 petang,. So cepat cepat la kami makan. Kesian pulak si Hadirah ni nanti tak merasa main-main di Water Park. Yang itu pun yang paling best sebenarnya..

Ada juga tarikan baru iaitu Star Wars Galaxy. Tak singgah pun tempat Star Wars ni.. Nampak watak-watak Star Wars berjalan ke hulu ke hilir je.. Huhu.. Tempat Star Wars ni kalau tak silap baru sahaja dibuka on that day. So bertuahlah siapa yang dah masuk tu.. Next time la maybe.. Kalau ada umur yang panjang dan dimurahkan rezeki, inshaaAllah akan repeat balik datang sini..


Mahal ye makanan dalam Legoland ni. Tapi mujurlah tiket Legoland yang diberi percuma ini disertakan sekali dengan voucher makan. So memang guna sehabis baik voucher ini. Sebabnya nanti bukannya boleh guna lagi. Voucher yang Sue dapat RM60. Kira ikut berapa orang ahli sekeluarga. Seorang dapat RM20. Tapi beli makanan set untuk seorang pun dah RM20++. Mujurlah Hadirah bukannya makan banyak so boleh la share share je dengan kami. Itu yang ada extra tu.. ^___^

Bila sampai di Water Park je, memang Hadirah tak sabar sabar. Tak tukar baju lagi, terus nak mandi. Sayangnya masa kat sini Sue tak ambil banyak gambar. Duduk lepak dengan geng PMU jugak.. Siap tolong jaga baby lagi. Mak ayahnya bawak anak-anak yang lain dengan anak-anak kawan-kawan lain mandi manda di Water Park tersebut. So Sue dan sorang lagi member tolong jaga baby yang tengah tidur tu.. Hehehe.. best pulak ada baby boy express ni walaupun sekejap..


Saja la mengusik Hadirah ni.. Setiap kali dia datang balik ke tempat Sue lepak menunggu dia, Sue cakap kat dia, "Jom balik.." Hahaha.. muka bengang je bila ajak balik.. Seronok mengusik dia.. Muka tak puas nak mandi lagi.. Seronok la tu..

Dia main dengan papa dia je.. Sue tak nak la basah basah ni.. Leceh nak tukar baju bagai.. Biar la dia main dengan papa dia.. kihkihkih..

Kepenatan mandi manda on that day membuatkan Hadirah tidur awal malam tu.. Alhamdulillah.. bukan senang dia nak tidur awal... Sue pun tak balik on that day. Keesokkan harinya baru la bertolak balik ke KL. Penat.. Tu yang stay lagi satu malam kat hotel tu. Ada jugak kawan-kawan yang stay lagi satu malam tapi dorang tukar hotel lain.. Hehehe.. Su pulak sebab dah penat berpindah randah dari satu hotel ke satu hotel yang lain sebelum menginap di Pulai Spring & Golf Resort. Tu yang malas nak tukar hotel lagi tu..

Mana-mana staff dan family yang menaiki bas yang disediakan oleh company pulang ke KL selepas menghabiskan aktiviti di Legoland ini. Rasanya hari Isnin tu office kosong kot.. Kepenatan wooo.. Tu yang Sue pun ambil cuti sehari sebab nak balik dan hantar Hadirah ke KKB then patah balik ke Setia Alam.. Jauh tu..

Nanti Sue update pasal Legoland pulak ye..

Till then, sayonara..

Wassalam.

2 comments:

  1. waaaa seronoknya mummy.. bile pegi ni.. masih simpan hajat nak ke legoland..

    ReplyDelete
  2. Bestnya si comel tu pergi Legoland. Ena ni entah bila dapat ke sana.. Huaaaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete