Eh? Ada Chef Special Malam Ni..

Assalamualaikum. Cinta.

Ehem..ehem.. Sue still sakit kaki lagi sebenarnya tapi gigih la hari ni ke office macam biasa. Ni gara-gara nak hantar handover report ke MAMPU la ni esok.. Kalau tak siapkan hari ni, esok kelam kabut. Hari ni je pun dah kelam kabut..

Jalan pun dah terkial-kial. Orang sekeliling pun pelik. Sapa yang tahu tu tahu la.. Siap kena gelak lagi kat office.. ciskek betul la.. Sampai hati tau gelakkan orang yang jalan macam orang berpantang ni.. Sakitnya bila berjalan banyak.. deng!

Petang tadi pun balik agak lewat. Siapkan apa yang patut..

Sampai rumah tengok tengok En. Along kat dapur.. Heee.. senyum panjang la saya.. kekekekekeke... Yeay! Ada chef untuk makan malam..



Love you! Thank you so much.. Sedap awak masak malam ni.. heheheee... Alhamdulillah.. boleh makan ubat dah.. dah kenyang baru boleh makan ubat.. ngeh ngeh ngeh

Nak tidur awal la jap lagi sebab kesan ubat tu mengantuk yang teramat.. Sebab tu siang tadi tak berani nak makan ubat tu. Nak driving. Bahaya pulak kan.. Terpaksa la tahan sakit bila tak makan ubat..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment