Dilema Memilih Tadika

Assalamualaikum. Cinta.

Morning everyone!

Huwarghhhh.. Tension! Susah juga ye nak memilih tadika untuk Hadirah ni.. Demanding mummy dia ni..
Ciri-ciri yang Sue nak :-

1. Nak dekat dengan rumah Mama Sue supaya senang nak tengok in anything happen. Kalau saja-saja nak tengok pun senang sebab dekat. ^_^
2. Pengajaran/pembelajaran bagus dan dipantau oleh pihak-pihak/badan-badan tertentu.
3. Penjagaan kanak-kanak bagus.
4. Persekitaran/suasana sekolah yang baik.
5. Pendidikan agama mesti ada. (wajib)
6. Masa sekolah yang tak terlalu awal sebab Hadirah ni suka bangun lambat.. -__-"
7. Bayaran murah. (ada tak?)
8. Boleh mengajar Hadirah untuk tak pakai pampers lagi. (mummy, papa, onie, atuk, aunty ajar Hadirah supaya buang air kat toilet/bilik air pun tak berjaya -_-" )

Banyak kan ciri-ciri yang Sue nak.. of course la! Untuk anak kesayangan tu.. Mesti la kita nak yang terbaik untuk anak-anak kita kan..?

Masalahnya Hadirah still pakai pampers lagi. Puas dah ajar dia. Dia lagi pandai menjawab.. "Kesian pampers tu kakak tak pakai.." Habis tu.. macam mana. -_- hurmmmm.. Bijak lagi jawapan dia..grrrrr..

So Sue sedang memilih sekolah yang rasa ok la sikit untuk permulaan ni.. Januari 2015 ni memang nak masukkan jugak Hadirah ke sekolah walau macam mana sekalipun. Nak dia belajar dan rasa sendiri suasana sekolah tu macam mana. Lagipun Hadirah ni kurang sosial. Takut dengan orang. Nak kena belajar jugak berkawan dengan orang.. Nanti kalau dia dah berusia 5 tahun baru nak hantar, terkejut pulak nanti..

Mummy dan papa jadi cikgu Hadirah kat rumah pun, Hadirah jadi cikgu balik kat kami berdua. Dia aje yang betul.. Sudahnya main je yang lebih.. Grrrrrr..

Kalau tanya Hadirah nak pergi school tak, sure dia jawab tak nak. Tak tahu la Januari 2015 ni macam mana nak hantar ke sekolah. Wait and see je la nanti.. 


kalau jadi macam kat atas ni tak tahu la.. -__- Letih la jawabnya..

Option sekarang ni memang ada 2 sekolah yang betul-betul dekat dengan rumah Mama Sue ni..

1. Tadika Cerdik Ceria
2. Tadika Mahkota

Sekolah yang lain pun ada jugak..

1. Tadika KEMAS KKB
2. TAKIS JAIS (dekat dengan Masjid Kuala Kubu Bharu)
3. Tadika Chinese (tak ingat nama tadika ni.. dekat dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Kubu Bharu)

Hurmmm.. TAKIS JAIS dah tak terima budak umur 4 tahun. kalau tak, boleh jugak belajar mengaji kat situ.. KEMAS pulak tak berapa nak sure dan berkenan.. Belum terbuka pintu hati nak hantar ke Tadika KEMAS. Tapi tak tahu la nanti macam mana.. kalau-kalau terbuka pintu hati Sue nak hantar Hadirah ke Tadika KEMAS pulak kan.. Nak cari Genius Aulad ataupun Little Caliph ataupun Q-dees ke takde pulak kat area KKB ni..

Yang tadika dekat dengan SJKC tu memang tak masuk dalam perkiraan sebenarnya.. hoho..

So tinggal 2 option yang mula-mula tu je..

Nanti Sue update lagi pasal sekolah Hadirah ni ye..

Wassalam.

2 comments:

  1. kena consider keselamatan jugak kan.... risau banyak kes skng ni.. apa pun semoga jumpa tadika yg terbaik :D

    ReplyDelete
  2. Betul.. kne pastikan keselamat tadika tu juga..atau pun..untuk usia 4y ni..hantar dia ke rumah pengasuh yg boleh ajar dia semua tu dalam masa sama di ada kawan2 dia kan..hanyar 1/2 day pun ok juga....

    Apaun semoga dapat tempat tadika si anak bijak

    ReplyDelete