Ceritera Warna Warni Kehidupan 2014

Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. masih dipanjangkan usia Ceritera Warna Warni Kehidupan untuk mengorak langkah dalam dunia blogging walaupun hanya sekadar di pinggiran. Hehe.. Alhamdulillah juga puan tanah CWWK masih juga dipanjangkan usia oleh Allah swt untuk menggerakkan dan mencorakkan CWWK tersayang ini.. Syukur alhamdulillah..

Banyak ceritera dan perkara pahit manis yang telah berlaku sepanjang 2014 ini, baik dalam CWWK ini sendiri, personal life puan tanah ini sendiri, negara kita malah dunia juga tidak terlepas sama. Segala kenangan pahit manis sepanjang 2014 ini harapnya tidak mematahkan semangat kita dalam terus mengorak langkah menghadapi cabaran dan dugaan yang bakal tiba di tahun 2015.


Sue dan CWWK sendiri pun banyak kenangannya. Banyak sebenarnya yang Sue pelajari selok belok dunia blogging. Bermacam-macam warna dapat dilihat sebenarnya.. (eh..sama dengan nama blog.. kikikiki..) Bermula bercakap seorang diri dalam blog sehingga berkenalan dengan rakan-rakan blogger baru dan menambah kawan-kawan yang tidak hanya tersekat dalam dunia maya saja. Sampai dapat bersua muka apabila bertemu bertentang mata dengan kalian semua.. 

Terima kasih kepada mereka yang telah memberi peluang kepada Sue dan CWWK untuk bersama-sama kalian menghadiri event, produk review, food review, dan juga tak lupa dalam menjemput untuk join aktiviti bersama. Terima kasih memperkenalkan kepada Kelab Blogger Ben Ashaari dan mengenali rakan-rakan  baru sambil menimba ilmu bersama. Tak lupa juga kepada team Denaihati yang banyak memberikan panduan dan tips blogging melalui blog mereka. (oppssss.. nampak sangat silent reader je ni.. hoho..) 

Alhamdulillah.. bertemu dengan rakan-rakan yang mampu membantu kita dalam dunia blogging amat Sue hargai. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang tak jemu-jemu berkongsi ilmu dengan kita semua. Mungkin Sue blogging sekadar suka-suka je pada awalnya namun semakin lama dalam menyusuri dunia blogging ini, semakin nampak apa yang perlu dibuat, apa yang perlu diubah, dan apa yang perlu dititikberatkan. InshaaAllah..mungkin akan ada perubahan Ceritera Warna Warni Kehidupan ini. Siapa tahu kan? ^__^

Sue dan CWWK berharap semua yang telah berlaku pada tahun 2014 ini dijadikan panduan, pedoman, pengajaran, dan kenangan samada ianya manis ataupun pahit. Pengalaman mendewasakan kita. Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan jua penentunya..

Sue berharap semoga tahun 2015 ini kita lebih bersemangat dan Sue berdoa moga segalanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan segalanya oleh Allah swt.. Aamiin..

Salam 2015.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment