Belajar..Belajar..dan Belajar..

Assalamualaikum. Cinta.

Fuhhhh.. kepenatan yang teramat sangat today.. Baru nak belajar belajar naik public transport. Rasa macam mula-mula masuk kerja je dulu..


Hurmmmm.. ni belum GST lagi ni.. Ini antara langkah-langkah penjimatan.. Lagipun gaji RM2000 katanya cukup.. *tangan kat bahu mata ke atas* -___-" 

Bertabah je la.. Sabar je la... Keep all that words dalam kepala dan hati. Kalau tak tabah dan sabar menangis dah ni.. Dugaan sangat hari ni.. Pagi tadi ok la.. Naik KTM je pun.. tapi mengantuk yang teramat sangat. Tersengguk sengguk Sue dalam train tu.. -___-

Nampak gayanya kalau dah start naik KTM dan LRT ni lambat la sampai office. Takde la sampai jam 6.30 pagi dah terpacak kat office tu.. Kasi chance la kat orang lain pulak jadi tukang bukak lampu office.. hahahaha..

Sebelum naik ke office sempat la tapau breakfast. Alkisahnya sebab malas nak turun naik banyak kali (walaupun guna lif je). Semenjak ada Hot & Roll, Grab N Go dan Nelson's kat area lobi Menara TM ni, kalau nak cepat memang grab and go je la. Tapi tak selalu la ye. Almaklumlah.. paham paham sudah.. tahu la kan harganya macam mana.. T__T


Takde la tergedik-gedik nak ke Setia City Mall semata-mata sebab nak beli something dari Hot & Roll ni.. Sejak dua menjak, hari-hari lalu sebelah Hot & Roll, so ai is tak heran dah.. keh keh keh

Itu ceritera pagi tadi..

Balik dari office petang tadi hujan.. Ai is balik awal la kononnya. Jam 3.00 petang dah keluar. Ye.. ini pengakuan berani mati namanya.. Iye.. saya keluar awal.. -___- Tak ramai orang pun kat office tu. Ada la berapa kerat je.. -__-" Kena hujan tadi on the way nak ke LRT Kerinchi.. Deng! Lencun wehhh.. Orang-orang yang kebanyakkannya warga asing yang agak ramai berpeleseran area LRT tu dok tengok je Sue dan officemate Sue yang tengah pregnant 4 bulan meredah hujan lebat. Gasak la.. Tebal muka hakak ko ni haa...

Redah je la.. dan redha kena hujan.. Masuk dalam LRT kesejukkan la.. Dah la pakai baju kurung je. Tak la tebal mana kan.. Feeling kat Korea sangat time ni sebab kesejukkan.

Naik komuter ke Shah Alam.. Kesejukkan lagi. Gasak la.. baru boleh feeling kat Jepun time winter pulak..

Sampai Shah Alam still hujan lebat.. Redah lagi hujan lebat nak cari teksi nak ke pejabat En. Along. Kalau nak tunggu En. Along ambil memang lambat la lagi. Dia keluar jam 5.00 petang. Jam 4.00 petang Sue dah sampai Shah Alam.. Dalam mencari teksi tu, nampak bas RapidKL T529 berhenti. Hurmmm.. naik bas je la sampai Seksyen 2. Boleh jugak En. Along ambil kat situ by the time Sue dah sampai sure dia dah keluar.. Itu ikut perkiraan Sue la.. Jimat pun jimat.

Redah hujan sekali lagi beratur nak naik bas... -___-"

Yang kelakarnya, Sue boleh tak ingat berapa tambang bas.. Hahahaha.. Punya la lama tak naik bas sampai tambang pun lupa. Seriously Sue lupa tambang bas berapa. Ingat dari stesen komuter kat Seksyen 19 ke Seksyen 2 tambangnya RM2.00.. Dengan muka confident nya hulur RM2.00. Sekali driver tu tanya "Berapa orang? 2 orang?" Eh! Terkejut la Sue.. bila pulak 2 orang.. "Sorang je". Dengan muka ketat driver bas tu pulangkan baki duit berjumlah RM 1.00 dan tiket bas. Deng! Macam mana la boleh lupa yang bas ni "RM 1.00".. Dah terang terang "T529". Haiyoooo.. dah sah sah bas ni RM1.00 je tambang dia.. Apa la Sue ni.. Dulu expert kalau bab bab naik bas ni.. Sekarang?? Nak kena belajar naik bas balik.. kuikuikui

Dah sampai Seksyen 2 pun still hujan lebat lagi. Tiba-tiba lapar pulak.. Hadoi.. Tu la.. sapa suruh tak lunch dulu.. Kan ke dah bernyanyi riang perut tu.. Nampak KFC kat situ.. Lintas la jalan meredah hujan lebat menuju ke KFC..



Melantak la jap sementara nak menunggu En. Along sampai.. Dah menggigil-gigil badan Sue ni haa.. Kepala pun dah sakit. Stress plus kena hujan. Sejuk lagi pulak tu. Perut minta diisi. Tak fikir panjang terus je makan kat situ.. Hurmmmm.. tak pandang kiri kanan dah..

Letih jugak naik public transport ni compare to drive sendiri. Kalau drive sendiri ni dalam masa setengah jam dah boleh landing atas katil dah ni... Kaki pun dah sakit dah ni.. Huwaaaaa... T___T macam mana nak hadapi hari-hari macam ni?? Ni baru sehari dah rasa nak nangis. Manja sangat tau.. Tu la.. Dulu boleh je.. Sejak dah pandai drive dah rasa seronok sangat drive kan.. Tak pandang public transport...

Now kena belajar balik naik public transport.. -___-"
Bertabah la ye Sue.. Cari balik kekuatan dulu yang telah hilang.. huhu..

Nak tidur awal la.. Tapi tengah fikir ni.. nak gi Melaka ke tak.. Tengah baling dadu ni.. -__-"

Nite.

Wassalam.

2 comments:

  1. Dah lama tak naik public transport...

    ReplyDelete
  2. kat sini pun, sy tgh berjimat dari segi pengangkutan jugak :) cuma, kereta tu memang tak ada lah. tapi skrg ni, tgh try utk berbasikal ke mana2 dalam pekan ni, instead of naik bas. doakan semua okay ya.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete