Arah Tujuan Kita Bila Bekerja.. Ikhlaskah?

Assalamualaikum. Cinta.

Tersentuh dengan entri Haffizul Iskandar. Terdiam sejenak. Baru terfikir.. -__-"

Betul jugak apa yang dia kata.. Kita ni bekerja tanpa arah tujuan. Deep. Terasa dalam hati. Bila nak berubah? Rutin yang sama hari-hari. Itu yang kadang kala menjadikan daily life kita bosan. Sue tak nafikan. Memang jauh di sudut hati Sue, terasa sangat kebosanan bila repeat rutin yang sama everyday. Tak ke mana.

Sampai bila?
Sue baru 3 tahun bekerja dah terasa macam ni.. Macam mana dengan mereka yang dah bekerja lebih dari 5 tahun?
Memang perlu berubah dan perubahan. Tapi masih belum sampai peluang itu. -__-

Kadang kala sesuatu yang kita buat jadi tak ikhlas bila ada kata-kata yang tak elok terdetik. Aduh! Memang tak ikhlas pun bila terpaksa buat apa yang kita tak nak buat.. Tipu la kalau kata masih ikhlas sedangkan dalam hati dah terdetik macam macam perkara. Walau sedikit ada yang terdetik dalam hati, macam mana nak ikhlas? Sudahnya kerja yang dibuat hancur. Tunggang langgang. Walau kemas sekalipun pasti ada sedikit cacat celanya.

Oh... itu perkara biasa sebenarnya. Sue sendiri pun macam tu. Ini pengakuan berani mati namanya. Iye.. kadang-kadang memang sesuatu yang Sue buat tu tak ikhlas.. "Kerana terpaksa aku relakan" kekdahnya.. Hahaha..


Kalau dah hari-hari "kerana terpaksa aku relakan" lama-lama boleh buat drama bersiri la ni... Hadoi.. Hahaha..

Dah kabur tujuan bekerja sebenarnya.. Entah.. Tak nampak lagi jalan yang cerah.. kelam je ni.. -__- Hopefully nanti dapat jua jalan cerah... Mudah-mudahan dengan izin-Nya.. aamiin..

Wassalam.

2 comments:

  1. Kadang-kadang kerja jadi tak ikhlas sebab kite punya skill tak dioptimizekan kot. Orang tak nampak kite punye skill. Walaupun kite ade skill lebih, tapi orang tak nak pandang. Rasa macam skill tu terbazir je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..saya dah lebih 5 tahun di kompeni yang sama..

      Delete