Akan Pulang Ke Kampung

Assalamualaikum. Cinta.

Salam pagi Jumaat yang mulia. 

Petang ni after En. Along pulang dari tempat kerja, inshaaAllah Sue dan family Sue akan pulang ke kampung nenek Sue di Kuala Kangsar. Hopefully perjalanan kami petang ini semuanya selamat..

So.. blog ini akan update juga walaupun tiada internet di kampung. Sue dah schedule siap siap entri untuk 3 hari.. Sebabnya nak habiskan entri 2014 satu hal. Lagi satu sebab tak nak la nampak kosong je kan.. huhu.

Maaf kalau cerita nanti tak kena dengan situasi sekarang.. -__-"

Hujan dari malam tadi di KKB ni sampai pagi ini masih belum reda. Malam tadi pun beberapa tempat di KL dan Selangor dah banjir. Shah Alam pun dah banjir.. Kat KKB ni tak mustahil boleh banjir juga kalau hujan berterusan tidak berhenti. Pernah ada sejarah banjir di KKB ni.. Tapi rumah Sue alhamdulillah belum lagi pernah mengalaminya tak seperti tempat lain.. Risau juga sebenarnya..

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan mangsa-mangsa banjir dan moga-moga segala urusan mereka dipermudahkan Allah swt.. Aamiin..


Wassalam.

4 comments:

  1. dengar cerita kuala kangsar pun banjir..huhu.take care sis

    ReplyDelete
  2. sekarang hari-hari hujan.. drive carefully :)

    ReplyDelete
  3. kampung sis kat kuale, area mane? dulu sy duduk kuale dlm bbrp tahun, skrg dah menetap kat pekan sebelah, sungai siput. :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete