Tiada Lagi Alasan "Terlepas Pandang" Dengan Update WhatsApp Terkini

Assalamaulaikum. Cinta.

Selamat pagi. Salam Jumaat.

Semalam, tiba-tiba Sue terkejut bila beberapa mesej dalam WhatsApp, ada tanda right biru. Eh?? Pelik pulak.. Tanda apakah???

Then masa blogwalking sekejap sambil sambil buat kerja, terlihat satu entri dari Amanz.my yang bercerita tentang update terkini berkenaan dengan aplikasi WhatsApp tersebut.


Kini, apabila anda menghantar mesej dan ia diterima penerima, dua tanda right akan diperlihatkan pada mesej, dan sekiranya ia dibaca, pihak WhatsApp akan memperlihatkan tanda berwarna biru.

Ini boleh dikatakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai, sekaligus membolehkan anda mengetahui yang mana mesej anda telah dibaca oleh penerima ataupun sebaliknya.

Sebelum ini WhatsApp hanya menunjukkan notifikasi mesej yang ditulis berjaya dihantar kepada penerima. Kini tiada lagi alasan “maaf sayang saya tak baca lagi mesej yang awak hantar” atau “maaf boss tak perasan mesej yang boss hantar tadi”. Sekiranya anda gemar berbohong menggunakan dua alasan di atas segeralah menggunakan aplikasi pemesejan percuma yang lain. Jika tidak tembelang akan pecah dan keharmonian perhubungan mungkin akan terganggu. Alternatif kami ialah tidak melakukan kemaskini ke versi 2.11.431. Tetapi ingat alasan “maaf saya belum kemaskini WhatsApp saya” hanya boleh dilakukan hanya sekali. Jadi pandai-pandailah gunakan talian hayat ini.

Kemaskini baru ini hadir secara berperingkat untuk pengguna Android, BlackBerry, Windows Phone dan iOS seluruh dunia.



Hahaha.. sekarang ni dah takde lagi alasan ye "terlepas pandang" ke "tak perasan mesej" ke atau "tak baca lagi" ke okeh! Semua orang dah boleh tahu mesej tu awak dah baca ke belum... ^_^

Sila fikirkan alasan lain ye..

Wassalam.

4 comments:

  1. ummi dh update tp xboleh lg pon mummy. hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm.. taktau pulak kenapa ummi.. huhu.. try n error je..lambat skit kot nak keluar benda alah tu.. hehe..

      Delete
  2. betul betul..lepas ni dah tak boleh bg alasan tak baca lagi..hehe..

    ReplyDelete