Tak Puas Hati?

Assalamualaikum. Cinta.

Susah sebenarnya kalau kita nak puaskan hati semua orang. Orang kata, rambut sama hitam, hati lain-lain. Itu orang kata.. Sue kata pulak, rambut lain-lain (sebab macam-macam warna ada zaman ni) maka hati pun lain-lain. Takkan sama hati pulak kan.. bukan share share pun hati tu.. Satu sorang Tuhan dah bagi. Pandai-pandai kita nak ajar hati tu macam mana..

Errr..
Melalut apakah petang petang camni?

Hurmmmmm.. hati??

Sometimes kita tak tahu pun apa yang kita nak dalam hidup kita ni sebenarnya. Ada matlamat hidup, tak menjadi masalah tapi kadang-kadang tersasar jugak dari landasan dalam mencapai matlamat tu. Terpesong sikit. Terlencong sana sini. Bila sedar, kembali ke landasan semula. Itu kalau sedar. Kalau tak sedar-sedar jugak, tak tercapai la matlamat tu.. Macam mana tu?

Sometimes jugak, kita mungkin tak sedar, dalam mencapai matlamat kita, berapa banyak hati yang telah kita lukai? Cuba check. Memang selalunya kita tak sedar pun.. Kalau sedar pun, masih buat-buat tak tahu. Apa tu?? Perangai apakah itu?



Bila ada hati yang terluka, hurmmmmm.. jawabnya dia tak puas hati la sudahnya. Sedih mungkin. Kita tak sengaja pun.. Lepas tu mula la ada yang berperangai pelik-pelik. Kita pun jadi pelik, eh? Dah kenapa?

Tanya balik diri kita sendiri. Apa yang dah aku buat sampai jadi macam tu sekali? Haaaa.. sila check sekarang! Ada tak buat apa-apa sampai melukakan hati orang? Tak sengaja mungkin.. siapa tahu kan?

Tapi memang macam orang lain cakap, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Perangai orang ni macam-macam. Kadang-kadang kita dah buat betul dah tapi still tak memuaskan hati.. So bertabahlah.. Kita buat yang terbaik je.. Usaha.. Tawakal.. Doa yang baik-baik. Bersangka baik ok! Teruskan mencapai matlamat hidup kita dan lakukan dengan ikhlas. Kalau tersasar sikit sana sini, cari jalan kembali ke landasan.. Kalau salah sekalipun ianya pengajaran dan pengalaman. Itu akan mematangkan kita. Pengalaman kan guru terbaik.. :')

Salam maghrib!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

1 comment: