Selamat Bersarapan | Kebaikan Sarapan Pagi

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi!

Korang dah breakfast ke? Takkan tak breakfast lagi kan.. Dah jam 10.30 pun ni.. Kalau lepak minum pagi mungkin sesuai la sekarang ni..ye tak?

Ramai antara kita yang kurang kesedaran betapa pentingnya sarapan pagi. Kita memandang enteng terhadap perkara ini. Tapi sedarkah kita bahawa banyak kebaikan yang diperolehi dengan bersarapan pagi sebelum ke tempat kerja, ke sekolah atau ke mana-mana sahaja.

Antara kebaikan yang diperolehi dengan bersarapan adalah seperti berikut :-

1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.

Menunda sarapan membuatkan anda sukar untuk memperoleh nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Menu sarapan seperti cereal dengan susu atau yogurt rendah lemak akan memberi cukup kalsium dan serat.

2. Sarapan boleh menurunkan berat badan.

Ketika anda melaksanakan sebarang aktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi, penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efficient. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan anda merasa lapar pada jam 11 ke atas. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan tenaga yang konsisten dan membuatkan anda tidak cepat lapar.

3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak.

Kajian para ahli dari Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar tenaga  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, anda merasa lelah dan melayang-layang.

 4. Perlindungan terhadap sakit jantung.

Kajian menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal bersama susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat estraknya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahawa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.


dah ambil nasi lemak pulak pagi ni.. hurmmmm.. tak turun jugak la berat jawabnya..

Tips sarapan sihat :

1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu senduk setara 4 gram).

2. Jika tiada masa untuk sarapan di rumah, anda boleh membawa roti dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah-buahan kesukaan kita untuk keperluan vitamin bagi tubuh.  Jika ada masa di malam hari, blend lah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologi nafsu makan anda akan berubah. Setiap kali bangun di pagi hari, anda akan merasa lapar.



Hahaha..memang takde dalam list breakfast nasi lemak kalau nak diet.. haihhhh.. bila la nak bertukar ni.. berat tak turun turun lagi ni.. maintain je.. grrrr

Sumber & copy paste : SINI

Wassalam.
posted from Bloggeroid

2 comments: