Polperro Steak House | Shah Alam

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat tengahari semua..
Ada yang tengah menjamu selera ke?

Ok.. ok.. Sue nak kasi korang semua lapar ni.. Hahaha..

Malam semalam Sue berkesempatan dinner di Polperro Steak House yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam bersama dengan adik ipar and his wife also my lovely husband, En. Along.

Rasanya ramai yang dah tahu lokasi restoran yang menawarkan masakan western ni.. Lagipun masa Sue sampai kira-kira dalam jam 9.30 malam camtu, pelanggan restoran ni masih lagi ramai. Full table tau.. But rezeki kami sebab dapat jugak table walaupun tv atas kepala.. hahaha..



Sebelum masuk lagi dah nampak tempat ni macam exclusive. Wow! Menarik.. hope poket kami tak tertarik banyak la.. hahaha..



Sesi order pun bermula.. Makanya Sue dengan slumber order Meatball Bolognese Spaghetti dan Root Beer Float. Huwaaaa.. hausnya masa tu.. berharap sangat air cepat sampai..

Cik Nurul, En. Fariz dan En. Along order menu makanan yang sama.. Kalau tak silap nama dia Lamb Steak Combo.. Air En. Fariz share dengan Cik Nurul. Star Fruit Juice gelas besar ye.. RM5.00. Kalau gelas biasa RM3.00. En. Along pula lebih selesa memilih milo panas.. Eh..eh.. bagusnya En. Along minum air panas je. Takde ais.. Errrr.. sorry sayang.. Sue haus.. hehe.. Hanya ais je yang terbayang-bayang beberapa jam sebelum sampai di situ.. *lalalalalala*



Wefie itu wajib bila kami berdua kena tinggal dek suami-suami kami.. Ohhh.. mereka meninggalkan kami menunggu makanan sedangkan mereka pergi usha aweks! (Errrr.. tak la.. En. Fariz gi cari penyapu.. En. Along kena teman dia. Katanya takut kena culik.. -___-" grrrrr.. perasan sangat..)



Tengok.. ramai kan orang kat sini.. Jam dah 10 malam pun still ramai lagi pelanggan dia.. Sedap la kan.. Tak sabar nak rasa.. hoho..

Jom cuci mata tengok makanan dia pulak..
Jangan meleleh air liur dah la.. Tengahari camni sedap wooo kalau dapat makan makanan yang sedap-sedap..







Lapar balik ni wei... Udang tu sangat menggoda tau.. Memang sedap.. tambah-tambah disuapkan oleh En. Along.. Eh! Hahahaha..

Sesiapa yang nak merasa western food yang ditawarkan, boleh la berkunjung ke sini.. Service pun cepat. Portion pun agak besar..

Kelainan yang ditawarkan di restoran ini adalah sos Polperro, resepi yang direka oleh pemilik restoran ini, En. Mohammad Ikbal Zainuddin yang mana ilham untuk membuat sos ini datangnya daripada beliau ketika berkunjung ke England bersama bapanya untuk mempelajari ilmu masakan. Overall makanan dia ok! Sedap!

Harga yang ditawarkan bagi setiap menu dan hidangan adalah berpatutan. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun pernah berkunjung ke sini.

Nak guna waze pun boleh. Pasti jumpa.. Landmark restoran ni berdekatan dengan Mydin Seksyen 7.

Restoran Polperro Fish and Steak (Polperro Steak House)
24G, Jalan Kristal AR7/AR,
Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor.
Telefon : 017-3415920, 013-2554721



"Inspired by Polperro, a scenic Cornish Fishing Village in Cornwall, England"

Wassalam.
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. huwaaa dah lah tak lunch, tiba-tiba terasa lapar pulak... ha ha ha...balik kena singgah ni sue...

    ReplyDelete