[Outstation] Kedah - Melalui Jalan Gelap Gelita

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi!

Alhamdulillah.. Sue dah selamat sampai rumah malam tadi. Hari ni pun Sue dah masuk office dah ni.. Fuhhh.. still terasa kepenatan walaupun bukan Sue yang drive. Haha.. penat woooo.. duduk saje dalam kereta pun penat tau..

Sue nak sambung story perjalanan pergi ke Resort Mada, Kota Aur tempohari. Al maklumlah.. kat sana langsung takde line Internet apatah lagi line telefon. Nak call out pun tak boleh. Memang dalam hutan betul. Tertanya-tanya jugak macam mana penduduk kampung kat situ survived. Hahaha.. sengal betul.. Tapi aman jugak sekejap sebab takde gangguan call, mesej, whatsapp dan segala macam notifications. Cuma bila nak call En. Along jadi payah la pulak. Mesej pun lambat keluar masuk. Nak cari line punya la payah... huhu..

Kami keluar dari Highway Plus di plaza tol Gurun/Sik. Dari situ ke Resort Mada lebih kurang 70km. 2 jam jugak nak sampai ke situ dengan keadaan jalan kampung yang berlopak, berlubang, sempit sana sini.. Adventure betul outstation kali ni..

Disebabkan masa tu dah jam lebih kurang dekat 9.00 malam, so kami decide makan malam kat luar je instead of makan kat resort. Takut kalau kalau dah habis makanan je.. Yela.. confirm sampai lambat.. So kami mencari kedai makan tepi tepi jalan je tapi mencari kedai yang ramai orang. Bukan tak jumpa kedai makan tapi mostly takde orang dalam kedai tu.. Hoho.. takkan nak berhenti camtu je.. cuak jugak.. Dah la dah malam ni..

Finally kami berhenti makan di sebuah restoran.. Restoran Selera Anggun Tomyam namanya kalau tak silap.. Nampak macam ramai orang sebab kereta banyak kat tepi tepi jalan tu.. Tapi bila masuk dalam kedai, tak ramai pun pelanggannya. Ada la 2-3 orang.. Eh?? Yang ramai-ramai ni ke mana sebenarnya?? Redha je la.. Tawakal..



Sue cuma order mee sup dengan apple juice.. Tu pun tak habis makan mee sup tu. Kenapa entah.. Rasa tak kena dengan tekak Sue. Ok je la.. makan sikit supaya perut tak kosong. Nanti lapar susah pulak..





Sesudah habis makan, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Resort Mada tu.. Tapi start dari after pekan Sik, dah start masuk jalan kampung. Gelap gelita okeh! Scary je.. Seram sejuk.. So masing-masing pakat pakat senyap.. Kak Ain yang drive kereta ni siap pasang cd Surah Al-Quran lagi tu.. Surah Al-Baqarah.. Tapi tiba-tiba cd tu senyap je masa tu walaupun baru kedengaran alunan surah tu sikit.. Terus cd tu macam rosak je.. Tapi sedaya upaya Kak Ain try pasang banyak kali.. still tak boleh.. redha je la.. Senyap je memasing..

Then siap berhenti tepi jalan sebab Kak Izzati tak sihat.. Muntah-muntah tepi jalan.. Boleh pulak tak perasan pun rumah-rumah kat situ ada tempat bomoh. Siap dengan signboard lagi tu.. Yela.. dah dekat dekat area Siam kan.. Then kami teruskan perjalanan kami.. Fuhhhh.. jalannya memang mencabar. Dengan gelapnya.. dengan jumpa motosikal yang takde lampunya la.. Bahaya betul lalu jalan ni... Jalan yang tak rata lagi... hurmmmmm.. ni nak pergi meeting ke nak pergi berkhemah dalam hutan.. huhu..

Bila sampai je kat Resort Mada tu, lega la kami.. Tapi bila tengok chalet yang kami dapat, hurmmmmm.. sedikit kecewa.. Banyak kekurangan.. Tapi boleh je survived 3 hari 2 malam ni..

Itu baru part perjalanan.. belum masuk part cerita cerita scary start malam pertama kami kat situ sampai last day which is semalam.. takde la scary mana pun.. ok je la.. sebab boleh je survived lagi.. haha.. Nanti Sue sambung lagi ye.. hehe..

Selamat breakfast!!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment