[Outstation] Kedah - Lawatan ke Tasik Muda dan Empangan Muda

Assalamualaikum. Cinta.

Sambungan dari entri yang lepas..

After meeting pagi Isnin (3/11/2014) tu, kami melawat kawasan Tasik Muda.. Termasuk la Empangan Muda.. Kami ke sana after Zohor.. Berkonvoi beramai-ramai ke sana.


Hurmmm.. Jamu gambar la ye.. Haha.. tak banyak nak cerita pun tapi view kat sini memang cantik..

Sebelum menaiki bot..


* sesi menyimpan barang, sambil paksa-rela Azmi bawa DSLR yang lagi canggih dari Sue.. haha.. malas nak bawa Sue punya.. cuak nak naik bot.. hoho.. *


* sesi penerangan.. errrr.. tapi kan.. Sue tak berapa dengar.. dok kat belakang belakang.. memang la tak dengar..haihhh..  -__- *

Posing itu mesti..


* credit to Azmi - office-mate dari Alor Star *

Ohooo.. kebanyakan gambar rakan sekerja, Azmi dari branches Kedah tolong ambilkan. Sue cuma bawa handphone semata-mata naik bot.. Cuak weh naik bot.. Terus cancel nak usung DSLR Sue.. haha.. sengal betul.. Lepas tu rasa rugi tak bawa sama.. -___-

Ni kira second time merasa naik bot. Sebelum ni, Sue naik bot hujung tahun 2010 masa gi holiday di Tasik Kenyir.. Tu pun musim hujan tau. Dengan keadaan preggy masa tu.. fuhhhh.. mencabar tau!

Atas bot..

* bot tak gerak lagi boleh la bersuka ria bergambar sakan * 

* cuak weh cuak!! *


Empangan Muda, Empangan Pedu, dan Empangan Ahning ini merupakan kawasan tadahan air hujan. Kawasan tadahan ini membekalkan 10% kepada sumber air untuk tanaman padi di negeri Kedah yang disalurkan oleh pihak MADA. (ini info yang diberitahu oleh pihak MADA)

Tasik Muda pula berkeluasan 15km persegi. Walaubagaimanapun, Tasik Muda bukanlah tasik terbesar. Tasik terbesar adalah Tasik Pedu (yang ni based on info dari internet. if salah, then salah la.. sorry..) walaupun Empangan Pedu merupakan tadahan yang kecil.

Oh ya! Site Sue adalah ketiga-tiga empangan ini. Peace! ^_^

Pembinaan empangan ini bermula sekitar tahun 1969 oleh designer dari United Kingdom. Walaubagaimanapun kontraktor yang dilantik adalah dari Jepun. Bahan-bahan yang digunakan untuk membina empangan pula adalah di import dari United Kingdom. So empangan ini setakat ini masih bertahan lama walaupun berpuluh tahun telah berlalu.

Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.

Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencita alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna.

Tapi tujuan asal kami adalah untuk melawat Empangan Ahning. Walaubagaimanapun, kami tak dapat ke sana atas sebab-sebab tertentu. So kami hanya melawat Tasik Muda.

Banyak info yang Sue terlepas sebenarnya. Ye lah.. dah atas bot.. Tak berapa nak dengar penerangan yang diberikan oleh pihak MADA. Mana yang sempat Sue take note, yang tu yang Sue dapat coretkan serba sedikit kat sini.. Ampun kalau tersilap fakta.. -__-"



Kami semua berhenti di Anjung Singgah Tasik Muda.. So time ni la masing-masing berposing sakan kan..

Anjung Singgah Tasik Muda



* my team yang awesome!! thanks a lot guys!!! * 

 * with our customers -  wakil MAMPU, ict MOA, pegawai ict agensi under MOA dan especially tuan rumah iaitu wakil pihak MADA *


* this is awesome!! love this picture! *


Hurmmmm.. ni kenapa Azmi ambil gambar curi ni?? Ishhh.. nak kena ni.. grrrr.. sempat lagi main curi-curi gambar..

Tapi apa-apa pun thanks a lot Azmi untuk gambar-gambar yang awesome ni!

Perjalanan balik ke jeti..



On the way balik ke jeti, wakil pihak MADA yang membawa kami ada menunjukkan pertembungan 2 sungai utama iaitu Sungai Muda dan Sungai Teriang. Tapi dalam gambar nampak tasik je.. air je.. Hoho.. tak nampak penanda pertembungan 2 buah sungai tu.. kuikuikui.. Best jugak site visit kali ni.. ^_^

Thanks MADA untuk penginapan yang disediakan. Thanks MOA untuk jemputan meeting kali ini. Thanks everyone!

Wassalam.

6 comments:

  1. Replies
    1. hehe.. Sue keje kat Bangsar je pcl.. Ni ade site visit boleh la cuci mata.. dok dlm hutan.. hehe..

      Delete
  2. Haah... Nak tnya benda yg sama ngan pcl... Keje lawat air empangan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la.. Bkn keje lawat empangan.. Keje Sue pasang talian utk internet/intranet utk agensi gomen.. Sue jaga MOA..

      Delete
  3. Kalau macam ini wajib bawa GoPro. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. kalau ade dah lama bawak dah.. tp takde yg nak hadiahkan.. sobsobsob.. :D

      Delete