Bersantai Petang Sabtu Di Taman Permainan

Assalamualaikum. Cinta.

Petang Sabtu baru-baru ni, Sue dan En. Along just bawa Hadirah ke playground yang tak jauh dari rumah je..

Asalnya nak ke Taman Millennium, KKB tapi bila sampai sana hujan renyai-renyai pulak.. Hadirah dah start masam masam muka dah.. Bila cakap je tak boleh turun sebab hujan, apalagi.. Mengamuk la dia..

So kami patah balik ke Pekan KKB dan turun kat taman permainan atas bukit tu.. Kat pekan tak hujan pun.. Baru lepas hujan tengahari tu..


Excited sangat si Hadirah ni dapat main kat taman jugak akhirnya.. Hadirah ni siap ingat lagi taman ni la tempat Mummy and Papa dia shoot untuk video dan gambar-gambar kahwin kami..

Dah selalu sangat dia tengok video tu mana tak dia ingatnya.. ^_^


haaa.. mummy pun ada la gambar atas buai ni.. hahaha..



Yang ni lagi la.. Orang suruh posing, dia buat muka sedih pulak... grrrrr... -___-"




Bila main papan jongkit ni lagi la best.. Dia siap menyakat Sue lagi tau.. Dah la Sue ni gayat.. Dia dok ngan papa dia menyakat mummy dia.. Main jongkang jongkit laju-laju.. Terjerit-jerit mummy dia ni haa.. haihhhh... grrrrrr.... -___-


Seronok 2 beranak ni menyakat orang... grrrrr... gigit pipi Hadirah ni kang...


Puas hati dia dapat main-main petang tu.. Seronok sangat la tu..sampai pengsan kepenatan. Balik je malam tu dia tidur awal.. kepenatan sangat la tu..

Tapi jam 5 pagi dia dah bangun.. Kejut Sue lagi tu.. Nak susu, nak tengok kartun pagi-pagi buta.. tu la.. dah tidur awal, bangun awal jugak la.. pening pening Sue dibuatnya.. Takpe.. demi anak kesayangan mummy kan.. Anything for you my love.. ^_^

I'm so happy.. Ini kenangan terindah.. Appreciate every second and chances yang datang..

Wassalam.

1 comment:

  1. happy nya muka dia dapat main ekk...gembira hati kita dapat mengembirakan anak-2 ni kan... Alhamdulillah...

    slaam ukhwah dan salam kenal dari blog mommylina

    ReplyDelete