Belajar Dari Pengalaman

Assalamualaikum. Cinta.

Entri berkenaan dengan pengalaman Sue mengajar anak Sue, Hadirah menulis buat pertama kalinya secara serius yang Sue publish dalam Bahasa Inggeris merupakan percubaan pertama Sue dalam menghasilkan entri berbahasa Inggeris. Walaupun masih lagi tunggang langgang namun Sue akan cuba memperbaiki penulisan Sue dari semasa ke semasa. Boleh lihat di SINI.

Tiba-tiba Sue terfikir untuk menghasilkan entri dalam bahasa Inggeris selain bahasa Melayu malam tadi. Keinginan itu datang secara tiba-tiba walaupun sudah lama sebenarnya En. Along menyarankan Sue untuk mencuba menghasilkan entri berbahasa Inggeris. Katanya selain dapat meningkatkan gaya penulisan Sue, boleh juga menolong Sue untuk fasih dalam berbahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris, seperti yang diketahui ramai, amat penting apabila kita perlu berurusan dengan bangsa asing yang rata-rata datang dari luar Malaysia. Komunikasi antarabangsa memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris yang baik. Namun, mungkin persekitaran negara Malaysia amnya dan suasana bekerja khususnya menyebabkan kita kurang peka terhadap ilmu yang satu ini. Sue tidaklah kata syarikat-syarikat atau majikan-majikan di Malaysia ini tidak tegas dalam penggunaan Bahasa Inggeris ini, namun mungkin kerana faktor persekitaran dan suasana bekerja yang tidak memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris ini menyebabkan kebanyakan daripada kita memandang enteng terhadap perkara yang satu ini.

Contoh terdekat adalah di syarikat tempat Sue bekerja itu sendiri. Kadang kala sememangnya Bahasa Inggeris ini perlu dalam komunikasi harian namun ianya tidak dititikberatkan oleh sesiapa. Maka, Sue mempunyai pilihan untuk menggunakan Bahasa Inggeris ataupun tidak. Sue sendiri akui yang Sue juga tidak rajin untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi harian dan lebih selesa memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam melaksanakan kerja-kerja harian.

Jika bekerja di sektor awam pula, kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Inggeris di lokasi pekerjaan masing-masing. Tiada keperluan di situ. Akan tetapi apabila sampai suatu tahap di mana kita sendiri terdesak untuk menggunakan Bahasa Inggeris tersebut, mungkin pada masa itu kita barulah sedar bahawa pentingnya Bahasa Inggeris.


gambar nak tunjuk blocking colour je tu.. motif??

Sue ucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi komen positif mahupun negatif untuk entri pertama Bahasa Inggeris Sue ini. Walaupun Sue tahu ianya agak kucar kacir, namun tiada salahnya mencuba, kan? Kalian dialu-alukan untuk meninggalkan komen dalam entri tersebut sebagai salah satu usaha Sue untuk memperbaiki Bahasa Inggeris Sue dan juga penulisan Sue.

Walaupun agak sukar, tapi ianya tidak mematahkan semangat Sue untuk terus menghasilkan entri dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Along yang tidak jemu-jemu membantu Sue selama ini. Bukan sahaja untuk entri tersebut malah untuk kerja-kerja harian Sue juga, En. Along sanggup membantu Sue untuk memperbaiki penulisan dalam Bahasa Inggeris. Well.. you know me..

Walaupun dah bertahun-tahun lamanya belajar Bahasa Inggeris sedari tadika lagi hingga ke universiti, namun masih lagi belum dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Subjek yang paling Sue tak suka subjek English la.. Hahahaha.. So tak payah pelik kalau sampai sekarang pun English Sue tetap teruk..

Ok.. ok..

Akan diperbaiki.. ok?

Wassalam.
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. ermmm nampak kurus dr jumpa kat picc ari tu ehhhh tak ikut topik lak hahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr... effect baju & warna baju kot ni kak sue.. hahahah..

      Delete