7:00:00 PM

Tak Puas Hati?

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Susah sebenarnya kalau kita nak puaskan hati semua orang. Orang kata, rambut sama hitam, hati lain-lain. Itu orang kata.. Sue kata pulak, rambut lain-lain (sebab macam-macam warna ada zaman ni) maka hati pun lain-lain. Takkan sama hati pulak kan.. bukan share share pun hati tu.. Satu sorang Tuhan dah bagi. Pandai-pandai kita nak ajar hati tu macam mana..

Errr..
Melalut apakah petang petang camni?

Hurmmmmm.. hati??

Sometimes kita tak tahu pun apa yang kita nak dalam hidup kita ni sebenarnya. Ada matlamat hidup, tak menjadi masalah tapi kadang-kadang tersasar jugak dari landasan dalam mencapai matlamat tu. Terpesong sikit. Terlencong sana sini. Bila sedar, kembali ke landasan semula. Itu kalau sedar. Kalau tak sedar-sedar jugak, tak tercapai la matlamat tu.. Macam mana tu?

Sometimes jugak, kita mungkin tak sedar, dalam mencapai matlamat kita, berapa banyak hati yang telah kita lukai? Cuba check. Memang selalunya kita tak sedar pun.. Kalau sedar pun, masih buat-buat tak tahu. Apa tu?? Perangai apakah itu?



Bila ada hati yang terluka, hurmmmmm.. jawabnya dia tak puas hati la sudahnya. Sedih mungkin. Kita tak sengaja pun.. Lepas tu mula la ada yang berperangai pelik-pelik. Kita pun jadi pelik, eh? Dah kenapa?

Tanya balik diri kita sendiri. Apa yang dah aku buat sampai jadi macam tu sekali? Haaaa.. sila check sekarang! Ada tak buat apa-apa sampai melukakan hati orang? Tak sengaja mungkin.. siapa tahu kan?

Tapi memang macam orang lain cakap, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Perangai orang ni macam-macam. Kadang-kadang kita dah buat betul dah tapi still tak memuaskan hati.. So bertabahlah.. Kita buat yang terbaik je.. Usaha.. Tawakal.. Doa yang baik-baik. Bersangka baik ok! Teruskan mencapai matlamat hidup kita dan lakukan dengan ikhlas. Kalau tersasar sikit sana sini, cari jalan kembali ke landasan.. Kalau salah sekalipun ianya pengajaran dan pengalaman. Itu akan mematangkan kita. Pengalaman kan guru terbaik.. :')

Salam maghrib!

Wassalam.
posted from Bloggeroid
8:30:00 PM

[Outstation] Kedah - Ladang Anggur Tasik Beris

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Sambungan dari entri yang lepas..
3. Resort Muda, Sik
4. Lawatan ke Tasik Muda dan Empangan Muda
5. The Dinner

Walaweh... baru sekarang nak sambung.. Lambat nak habis ni.. Hahaha.. tahap kerajinan apakah ini?? Maaf deh..

Ok.. ok..
After breakfast the next day nya tu, kami meneruskan perjalanan pulang ke KL kira-kira jam 10.00 pagi. Tapi sempat singgah Ladang Anggur Tasik Beris after keluar dari area Empangan Muda tu.. View kat situ sungguh cantik walaupun agak mendung pagi tu.. Subhanallah..

Sue jamu gambar je la ye.. Itu je aktiviti kitaorang buat selain beli buah anggur dan air anggur setin RM2.. Hahaha..

Kitaorang tak masuk pun ladang anggur tu sebabnya bukan musim dia. Buah kecik lagi.. membazir je bayar RM6 tapi tak boleh nak buat apa-apa.. Nak memetik anggur ke..

Sudahnya beli anggur dah siap bungkus tu je.. Then beli jugak air anggur setin RM2 tu.. Kalau tak silap harga asal dia bukan RM2 tapi kalau beli 5 tin dia bagi RM10.. Haha.. bantai je la.. Buat bekal..









ok.. tu je nak tayang..
Nak tayang gambar je sebenarnya.. kekekekeke

Oh ya! Sampai KL dah malam sebenarnya.. dalam 8.30 malam baru sampai Menara TM tu.. ini adalah perjalanan yang paling lama sepanjang Sue outstation beberapa tahun ni.. -___-" Catat rekod tu..

Wassalam.
9:10:00 AM

[Outstation] Kedah - The Dinner

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Sambungan dari entri yang lepas..
3. Resort Muda, Sik
4. Lawatan ke Tasik Muda dan Empangan Muda

Nothing special sebenarnya sebab ramai customer dan team kami yang dah balik awal after lawatan tu.. So dinner ni siapa yang ada je la.. Makanan pun banyak.. siap boleh tambah tau..

Menu ayam bakar, ikan bakar, jagung rebus, sosej, rojak buah, nasi goreng..




Ikan fresh tu.. haha.. sedap betul ikan bakar tu..

Nanti la Sue sambung ceritera on the way balik tu.. hehe.. Lapar pulak tengok makanan ni.. -__-" Nak gi cari makan pulak..  Babai..

Wassalam.

12:36:00 PM

Terjebak Sudah! Apakah? | Aplikasi Android

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Semalam gigih la kan Sue install satu aplikasi android phone ni.. Terjebak dengan officemate Sue 3 orang ni.. Haihhhh.. sudahnya sekarang dok control makan.

Aplikasi apa?



Haaaa.. ni la dianya.. Aplikasi MyFitnessPal. Bagus untuk tracking berapa kalori yang perlu diambil dalam sehari. Misinya nak menurunkan berat dalam masa 5 minggu.

So after install, kena register untuk log in akaun. Boleh pilih untuk register by email address ataupun facebook. So after dah register bagai tu, start set ketinggian sekarang, berat badan sekarang dan lain-lain. Then set goal kita nak turunkan berapa kilo..



So dia akan kira after 5 minggu lagi, kita nak turunkan berat badan kita berdasarkan goal kita tu.. Tapi.. kita kena masukkan setiap kali kita makan, apa menu yang kita makan. Bila habis sehari, boleh check report kita berapa gula, kalori dan lain-lain nutrisi yang kita dah ambil on that day.. Kalau ada yang merah tu perkara biasa.. 3 hari yang pertama kalau merah itu normal.. Tu kata officemates su la.. Hahahaha.. memang merah pun walaupun baru sehari Sue buat..



Nampak tak menu Sue makan semalam? Hahaha.. banyak okeh.. Tapi tu kira sikit je la dari biasa.. Huh! Kena tengok pulak nutrisi semua menu tu.. Merah sajo..



See..
Huhu..

Kalau tak excercise susah sebenarnya nak turunkan berat badan ni.. Nampak gayanya macam kena turun naik tangga extra lagi ni. Tapi.. kena turun naik tangga tingkat 31?? Ohmai... lembik terus.. Hahahahaha..







Dah boleh ganti facebook pulak.. Hahaha.. addicted main menatang ni.. Syok pulak tengok apa kawan-kawan Sue buat on that day.. Semua status dah di update. Exercise ke, complete diary dia.. Hahaha.. kantoi wooo.. Tapi I is tak kisah.. kehkehkeh

Kalau rasa-rasa nak try download apps ni boleh la gi kat playstore kalau pengguna android.. Boleh catat daily menu korang tu.. Then tengok berapa patut kalori yang korang kena ambil on that day.. Buat comparison everyday.. Lama-lama korang akan amalkan pemakanan yang sihat sebab nampak makanan yang diambil terlebih gula dan lain-lain lagi. Sue pun dah start cari makanan yang kurang kalori supaya tak terlebih kalori untuk hari tersebut.. Tapi berjaya ke tak kurang ni tak tahu la jugak.. Hahaha..

Tak gigih lagi ni.. Excercise pun kurang.. heh! Berangan nak kurus.. hoho.. Makan banyak pulak tu.. Sedap sangat makanan depan mata.. ate nye camne...

Wassalam.
posted from Bloggeroid
8:00:00 AM

Segmen Blogwalking by DJH

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Wahhh.. Angah buat segmen lagi.. Jom kita memeriahkan segmen daripada Angah ni.. Boleh blogwalking blog kawan-kawan.. ^_^

Wassalam.
7:06:00 AM

Wordless Wednesday #20

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


nota tangan Sue : muhasabah diri..

Wassalam.
8:25:00 PM

Moments

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

"There are moments in life when you miss someone so much that you want to pick them from your dreams and hug them for real.."



It's only natural to feel lonely after the enjoyable moments pass. But as you experience new joys those feelings of sorrow will start to fade..

Accept it or leave it here..

Wassalam.
posted from Bloggeroid
10:58:00 AM

Selamat Bersarapan | Kebaikan Sarapan Pagi

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi!

Korang dah breakfast ke? Takkan tak breakfast lagi kan.. Dah jam 10.30 pun ni.. Kalau lepak minum pagi mungkin sesuai la sekarang ni..ye tak?

Ramai antara kita yang kurang kesedaran betapa pentingnya sarapan pagi. Kita memandang enteng terhadap perkara ini. Tapi sedarkah kita bahawa banyak kebaikan yang diperolehi dengan bersarapan pagi sebelum ke tempat kerja, ke sekolah atau ke mana-mana sahaja.

Antara kebaikan yang diperolehi dengan bersarapan adalah seperti berikut :-

1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.

Menunda sarapan membuatkan anda sukar untuk memperoleh nutrisi dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Menu sarapan seperti cereal dengan susu atau yogurt rendah lemak akan memberi cukup kalsium dan serat.

2. Sarapan boleh menurunkan berat badan.

Ketika anda melaksanakan sebarang aktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi, penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efficient. Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil. Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik. Ini juga menyebabkan anda merasa lapar pada jam 11 ke atas. Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan tenaga yang konsisten dan membuatkan anda tidak cepat lapar.

3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak.

Kajian para ahli dari Universiti Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar tenaga  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya. Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, anda merasa lelah dan melayang-layang.

 4. Perlindungan terhadap sakit jantung.

Kajian menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal bersama susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat estraknya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahawa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%.


dah ambil nasi lemak pulak pagi ni.. hurmmmm.. tak turun jugak la berat jawabnya..

Tips sarapan sihat :

1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu senduk setara 4 gram).

2. Jika tiada masa untuk sarapan di rumah, anda boleh membawa roti dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah-buahan kesukaan kita untuk keperluan vitamin bagi tubuh.  Jika ada masa di malam hari, blend lah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologi nafsu makan anda akan berubah. Setiap kali bangun di pagi hari, anda akan merasa lapar.



Hahaha..memang takde dalam list breakfast nasi lemak kalau nak diet.. haihhhh.. bila la nak bertukar ni.. berat tak turun turun lagi ni.. maintain je.. grrrr

Sumber & copy paste : SINI

Wassalam.

posted from Bloggeroid

10:48:00 PM

Belajar Dari Pengalaman

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Entri berkenaan dengan pengalaman Sue mengajar anak Sue, Hadirah menulis buat pertama kalinya secara serius yang Sue publish dalam Bahasa Inggeris merupakan percubaan pertama Sue dalam menghasilkan entri berbahasa Inggeris. Walaupun masih lagi tunggang langgang namun Sue akan cuba memperbaiki penulisan Sue dari semasa ke semasa. Boleh lihat di SINI.

Tiba-tiba Sue terfikir untuk menghasilkan entri dalam bahasa Inggeris selain bahasa Melayu malam tadi. Keinginan itu datang secara tiba-tiba walaupun sudah lama sebenarnya En. Along menyarankan Sue untuk mencuba menghasilkan entri berbahasa Inggeris. Katanya selain dapat meningkatkan gaya penulisan Sue, boleh juga menolong Sue untuk fasih dalam berbahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris, seperti yang diketahui ramai, amat penting apabila kita perlu berurusan dengan bangsa asing yang rata-rata datang dari luar Malaysia. Komunikasi antarabangsa memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris yang baik. Namun, mungkin persekitaran negara Malaysia amnya dan suasana bekerja khususnya menyebabkan kita kurang peka terhadap ilmu yang satu ini. Sue tidaklah kata syarikat-syarikat atau majikan-majikan di Malaysia ini tidak tegas dalam penggunaan Bahasa Inggeris ini, namun mungkin kerana faktor persekitaran dan suasana bekerja yang tidak memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris ini menyebabkan kebanyakan daripada kita memandang enteng terhadap perkara yang satu ini.

Contoh terdekat adalah di syarikat tempat Sue bekerja itu sendiri. Kadang kala sememangnya Bahasa Inggeris ini perlu dalam komunikasi harian namun ianya tidak dititikberatkan oleh sesiapa. Maka, Sue mempunyai pilihan untuk menggunakan Bahasa Inggeris ataupun tidak. Sue sendiri akui yang Sue juga tidak rajin untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi harian dan lebih selesa memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam melaksanakan kerja-kerja harian.

Jika bekerja di sektor awam pula, kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Inggeris di lokasi pekerjaan masing-masing. Tiada keperluan di situ. Akan tetapi apabila sampai suatu tahap di mana kita sendiri terdesak untuk menggunakan Bahasa Inggeris tersebut, mungkin pada masa itu kita barulah sedar bahawa pentingnya Bahasa Inggeris.


gambar nak tunjuk blocking colour je tu.. motif??

Sue ucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi komen positif mahupun negatif untuk entri pertama Bahasa Inggeris Sue ini. Walaupun Sue tahu ianya agak kucar kacir, namun tiada salahnya mencuba, kan? Kalian dialu-alukan untuk meninggalkan komen dalam entri tersebut sebagai salah satu usaha Sue untuk memperbaiki Bahasa Inggeris Sue dan juga penulisan Sue.

Walaupun agak sukar, tapi ianya tidak mematahkan semangat Sue untuk terus menghasilkan entri dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Along yang tidak jemu-jemu membantu Sue selama ini. Bukan sahaja untuk entri tersebut malah untuk kerja-kerja harian Sue juga, En. Along sanggup membantu Sue untuk memperbaiki penulisan dalam Bahasa Inggeris. Well.. you know me..

Walaupun dah bertahun-tahun lamanya belajar Bahasa Inggeris sedari tadika lagi hingga ke universiti, namun masih lagi belum dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Subjek yang paling Sue tak suka subjek English la.. Hahahaha.. So tak payah pelik kalau sampai sekarang pun English Sue tetap teruk..

Ok.. ok..

Akan diperbaiki.. ok?

Wassalam.
posted from Bloggeroid
1:37:00 AM

Learning How To Write ABC's

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Right now, me and my lovely husband is trying to teach Hadirah, how to write ABC's through the book that her grandma bought for her yesterday's morning. It is not an easy way to make it work but alhamdulillah, she managed to do it well.



She is a fast learner, we taught her only once and she managed to follow it well. So fast! I'm so proud of her. Even though it may not be perfect for a certain people but she can do it better than before. Remember one thing..she didn't go to the school yet but this is a good development of her education. This is her first step in education learning process and this is also my first time publishing my blog post in English.





The most important thing is we have to be patient and understanding of her behaviour. She seems not to be able to stay focused for longer than 5 minutes at a time. So, we can't force her to learn more about it because she will be bored with what she's doing. This process will take some time so will have to be patient and keep calm..

From what I've been doing with my daughter yesterday, I want to share a few tips in teaching the children who have not yet go to school like Hadirah. Maybe it will be slightly different from my experience.

This is from my observation on Hadirah's learning experience and also my opinion only, so it depends on you whether you want to follow it or not.. No hurt feeling ok ;)

1. Try to understand your child's behaviour first.
2. Always be patient and calm during the teaching sessions.
3. Find the right time for the teaching session. This is important because if he/she don't want to learn about anything, it will be difficult for us to teach them.
4. Try to make the lessons as interesting and challenging to your child as possible.
5. Always give them courage to do it right and slowly teach them to re-do if they do it wrong.
6. Compliment them if they do it right in first time, so they enjoy what they're doing.
7. If they don't want to continue the learning session, don't force them. Stop and continue later on.

Hopefully this will help the parents out there.. I'm also in a learning process too.. Hahahaha..

Oh! I forgot to tell you that Hadirah is only 3 years old. Next year she will go to the kindergarten. I'm so excited about it.. That's why I want to teach her a little bit of learning experience to try and prepare her as best as I can.



Good night!

Wassalam.
posted from Bloggeroid
12:47:00 PM

CABARAN NOVEMBER #1 : DUA - 11 Tempat Ingin di Lawati di Dunia

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

#2 - 11 tempat ingin di lawati di dunia

1. Mekah


2. Jepun


3. Eiffel Tower, Paris


4. Seoul, Korea


5. The Chillon Castle, Switzerland


6. Maldives


7. Tembok Besar, China


8. Disneyland, USA


9. Swiss National Park, Switzerland


10. Sydney, Australia


11. Bali, Indonesia



********************************************************************
Entri yang lepas :-

CABARAN NOVEMBER #1 - SATU - 11 Tempat Ingin di Lawati di Malaysia
CABARAN NOVEMBER #1 - DUA - 11 Tempat Ingin di Lawati di Dunia

Wassalam.

p/s: sumber gambar google
2:47:00 PM

Polperro Steak House | Shah Alam

by , in
Assalamualaikum. Cinta.

Selamat tengahari semua..
Ada yang tengah menjamu selera ke?

Ok.. ok.. Sue nak kasi korang semua lapar ni.. Hahaha..

Malam semalam Sue berkesempatan dinner di Polperro Steak House yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam bersama dengan adik ipar and his wife also my lovely husband, En. Along.

Rasanya ramai yang dah tahu lokasi restoran yang menawarkan masakan western ni.. Lagipun masa Sue sampai kira-kira dalam jam 9.30 malam camtu, pelanggan restoran ni masih lagi ramai. Full table tau.. But rezeki kami sebab dapat jugak table walaupun tv atas kepala.. hahaha..



Sebelum masuk lagi dah nampak tempat ni macam exclusive. Wow! Menarik.. hope poket kami tak tertarik banyak la.. hahaha..



Sesi order pun bermula.. Makanya Sue dengan slumber order Meatball Bolognese Spaghetti dan Root Beer Float. Huwaaaa.. hausnya masa tu.. berharap sangat air cepat sampai..

Cik Nurul, En. Fariz dan En. Along order menu makanan yang sama.. Kalau tak silap nama dia Lamb Steak Combo.. Air En. Fariz share dengan Cik Nurul. Star Fruit Juice gelas besar ye.. RM5.00. Kalau gelas biasa RM3.00. En. Along pula lebih selesa memilih milo panas.. Eh..eh.. bagusnya En. Along minum air panas je. Takde ais.. Errrr.. sorry sayang.. Sue haus.. hehe.. Hanya ais je yang terbayang-bayang beberapa jam sebelum sampai di situ.. *lalalalalala*



Wefie itu wajib bila kami berdua kena tinggal dek suami-suami kami.. Ohhh.. mereka meninggalkan kami menunggu makanan sedangkan mereka pergi usha aweks! (Errrr.. tak la.. En. Fariz gi cari penyapu.. En. Along kena teman dia. Katanya takut kena culik.. -___-" grrrrr.. perasan sangat..)



Tengok.. ramai kan orang kat sini.. Jam dah 10 malam pun still ramai lagi pelanggan dia.. Sedap la kan.. Tak sabar nak rasa.. hoho..

Jom cuci mata tengok makanan dia pulak..
Jangan meleleh air liur dah la.. Tengahari camni sedap wooo kalau dapat makan makanan yang sedap-sedap..







Lapar balik ni wei... Udang tu sangat menggoda tau.. Memang sedap.. tambah-tambah disuapkan oleh En. Along.. Eh! Hahahaha..

Sesiapa yang nak merasa western food yang ditawarkan, boleh la berkunjung ke sini.. Service pun cepat. Portion pun agak besar..

Kelainan yang ditawarkan di restoran ini adalah sos Polperro, resepi yang direka oleh pemilik restoran ini, En. Mohammad Ikbal Zainuddin yang mana ilham untuk membuat sos ini datangnya daripada beliau ketika berkunjung ke England bersama bapanya untuk mempelajari ilmu masakan. Overall makanan dia ok! Sedap!

Harga yang ditawarkan bagi setiap menu dan hidangan adalah berpatutan. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun pernah berkunjung ke sini.

Nak guna waze pun boleh. Pasti jumpa.. Landmark restoran ni berdekatan dengan Mydin Seksyen 7.

Restoran Polperro Fish and Steak (Polperro Steak House)
24G, Jalan Kristal AR7/AR,
Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor.
Telefon : 017-3415920, 013-2554721



"Inspired by Polperro, a scenic Cornish Fishing Village in Cornwall, England"

Wassalam.
posted from Bloggeroid
7:54:00 AM

CABARAN NOVEMBER #1 : SATU

by , in
Assalamualaikum. Cinta.


Masa blog walking ke blog kawan-kawan, terjumpa cabaran November ni.. Macam menarik je.. Cabaran ni dari blog Kathy.

Hahaha.. Sue ni gila dengan cabaran kan? -___-" Nak buat macam mana.. ok ape.. Boleh jugak la penuhkan entri setiap hari.. Kalau tak, kosong je.. kan..
Tapi sekadar untuk suka-suka je ni.. Tiada paksaan pun.. ^_^

Ok..jom tengok senarai cabaran yang pertama untuk hari yang pertama.

#1 - 11 tempat ingin di lawati di Malaysia

1. Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu


2. Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah


3. Pulau Sipadan, Sabah


4. Bukit Gambang Waterpark, Pahang


5. Puteri Harbour, Johor


6. Pulau Perhentian


7. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka


8. Limastiga, Umbai, Melaka


9. Gold Coast Morib Resort


10. Casa Titik, Cherating, Pahang


11. Eight Acres, Raub, Pahang



Hopefully one day nanti dapat pergi ke tempat-tempat menarik ni...

Wassalam.

nota : gambar sumber dari google.