Warong Warisan Asli, Bukit Tinggi | Klang

Assalamualaikum. Cinta.

Baru-baru ni my adik ipar bawa Sue dan En. Along makan di Warong Warisan Asli di Bukit Tinggi, Klang. Hurmmmm.. ni first time Sue makan kat sini. Kebetulan je pun En. Fariz nak bawa makan kat sini.. Sebab lepas tu nak tengok wayang katanya..

Deco restoran ni ala-ala warisan melayu asli la.. siap dengan sampan dalam restoran lagi tu.. Tapi ada bekas bekas bubur la atas sampan tu.. Boleh la kalau nak rasa bubur dia. Sue pun tak rasa lagi..





Dari segi deco dah ok.. Cuma.. satu je la nak diingatkan kepada para pengunjung.. Restoran ni diiktiraf sebagai kelas B.. Don't know why.. Sue assume maybe sebab tempat memasak dia kat luar agaknya..

Pengunjung memang ramai malam-malam terutamanya. Tapi siang siang Sue tak sure pulak.. Lunch pun ada rasanya..

Kami memilih set ala kampung untuk 4 orang. Dalam menu yang disediakan kita boleh pilih kalau nak set ataupun ala carte. Kami lebih selesa memilih set untuk 4 orang. Senang.. Oh ya! Boleh juga pilih set ala thai selain set ala kampung.. Yang Sue nampak itu je selain menu-menu lain yang biasanya ada di restoran lain.

Dalam menu set ala kampung ini, ada ikan masak asam pedas, telur dadar, ayam goreng, ulam-ulaman. Tapi kita boleh pilih kalau nak tukar ikan asam pedas tu.. Hari tu kami tak tukar, so dia buat asam pedas ikan tenggiri.

Asam pedas dia memang sedap. Kuah dia memang pekat.. perghhhhh.. sedap hirup kuah dia.. Pedas pun pedas.. dah namanya asam pedas ye tak..







Ayam goreng dia pun sedap.. Makan macam tu je dah sedap.. Disebabkan kami lambat dapat nasi sebab nasi baru nak siap masak (tak tahu dah berapa kali masak) so ratah ayam goreng je dulu.. Rangup dan sedap..

Makanan memang dah tip top tapi tu la.. Level restoran tu je la.. "B" je.. so kalau korang nak try boleh.. tapi just be carefull je la..

Sue nak gi lagi nanti sebab tak try lagi bubur atas sampan tu.. hahahaha..


WARONG WARISAN ASLI
NO. 2, JALAN BAYU TINGGI 2A/KS6,
TAMAN BAYU TINGGI,
41200 KLANG, SELANGOR

NO TEL : 03-33183490

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment