Sakit Itu Kifarah Dosa

Assalamualaikum. Cinta.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada semasa sihat dan pada semasa waktu senangnya.”

Ujaran Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :

“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”
Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga
berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut”

Dengan ini, maka kelak pesakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

“Tiada seorang mukmin yang ditimpa oleh kepenatan atau penyakit atau risau fikiran atau sedih hati, walaupun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan dijadikan penebus dosanya oleh Allah” (HR Bukhari-Muslim).

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani).

“Penyakit panas itu menjaga tiap mukmin dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun,” (HR Al-Qadha’i).



Bersyukur atas ujian yang satu ini.. Sue buat masa ini memang kurang sihat.. Hari ni pun Sue mc. Terlantar terbaring je.. Langsung tak dapat buat apa-apa. Hopefully esok akan pulih semula.. Namun batuk-batuk ni macam lambat lagi je nak baik..huhu..

Another one is Sue sedang dalam sesi perubatan moden sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat. Wish me luck! Teringin juga untuk menambahkan zuriat..

Semalam blood test results dah keluar. Hurmmmmm.. memang ada yang tak kena. Dah agak dah.. memang ada something wrong.. So buat masa ini berubat moden dulu.. tengok result another beberapa bulan nanti macam mana.. Then tengoklah macam mana.. cari usaha lain pulak..

Bersyukur menjadi insan terpilih untuk menghadapi ujianNya..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. Semoga sue terus sabar dengan ujian Allah ya :) moga dipermudahkan segalanya..

    Jemput singgah blogwalking www.bondasihat.com

    ReplyDelete
  2. Mummy xsihat ke?
    Get well soon mummy.
    Semoga Allah memberi kesiahatn yg baik pd mummy..

    ReplyDelete
  3. hai.. saya datang singgah sini... lalalalalalalla

    ReplyDelete