Raungan Yang Meruntun Hati

Assalamualaikum. Cinta.

Alhamdulillah.. selamat sampai ke Setia Alam dah ni..

Tapi.. sedih..
Kena tinggalkan my little princess Hadirah tu.. alahai.. 3 hari lagi, jumpa lagi.. rasa lama la pulak..



Sebelum balik tadi..

Mummy : Kakak.. mami nak pegi keje dah ni.. boleh?
Hadirah : Mami pegi keje sorang-sorang..
Mummy : Ala.. kesian mami ni haa.. kakak tak kesian kan mami ke? Papa pun nak pegi keje jugak..
Hadirah : Papa duduk sini dengan kakak..
Mummy : Ala.. boleh la.. papa ikut mami..
Hadirah : Eiii.. papa tak boleh keje..

Errr..kalau tak kerja macam mana la nak beli macam-macam kehendak awak tu Hadirah.. haihhhh..

Nak balik tadi macam tau tau je nak kena tinggalkan dia.. sekali... dia punya raungan macam kena dera.. Haihhhh.. sedih hati nak tinggalkan dia.. Dia punya jerit "papa" tu seriously macam kena dera.. padahal kena tinggal je.. huhu.. sapa yang tak sedih.. dengar raungan dia macam tu..

Sabar eh sayang.. one day nanti.. akan tiba jua hari itu.. Tapi kang takut awak tu je yang rindu kat Atuk and Oni awak nanti..

Rindu dah kat Hadirah.. baru berapa jam tinggalkan dia.. hurmmmmm...

Wassalam.
posted from Bloggeroid

1 comment: