Misteri Kehilangan Tudung!

Assalamualaikum. Cinta.

Misteri kehilangan tudung Sue kini terjawab sudah..



Isnin baru-baru ni Sue balik ke KKB sorang-sorang je. Bertolak seawal 6.15 am dan sampai hampir jam 7.30 am. Okeh.. bukan saja saja nak balik ye sambil melaburkan duit minyak yang naik 20 sen ni.. Ada urusan sebenarnya.

Tu yang selfie dengan Hadirah yang masih lena dibuai mimpi.. Almaklumlah.. lewat tidur malam sebelum tu.. Dia memang gitu.. tidur lambat and bangun tak tentu masa. Tidur pun tak tentu masa..

Sambil sambil buat kerja, layan jugak la kerenah dia sebab asyik melekat je dengan Sue.. takut sangat Sue balik and tinggalkan dia..

Tapi.. kelam kabut Sue dibuatnya bila Sue nak balik terpaksa mencari tudung yang Sue pakai that day. Hilang! Cari merata-rata tempat tak jumpa! Dalam almari and semua tempat tak jumpa. Sampai ke ampaian baju Sue cari. Mana la tahu kalau kalau abah Sue dah basuh and sidaikan ke.. Tak jumpa!

Bila dah tak jumpa dan mengejar masa, terpaksa la rembat mana-mana tudung adik Sue..

Bila dah balik ke Setia Alam, Sue call mama Sue and katanya Hadirah yang sorok.

What?? Macam mana Hadirah boleh terfikir nak sorok tudung tu..? Hurmmmm...

Hadirah boleh cerita yang dia tarik tarik tudung mummy dia tu sampai tudung tu jatuh and after that dia sorok. Cuma dia tak beritahu dia sorok kat mana. Mama Sue jumpa tudung tu celah celah almari baju mama Sue and nampak hujung tudung tu je. Tu yang mama Sue tarik and keluar la tudung tu.. Padahal mama Sue dah cari kat situ masa tengah kelam kabut kami mencari tu.. Tak jumpa that day..

Dengan selamba dia jawab dia sorok sebab "tak nak mami balik".. Alahai.. sedih pulak dengar jawapan dia. Memang dia tak bagi Sue balik pun sebenarnya. Tapi nak buat macam mana.. Terpaksa.. huhu..

Happy betul dia dapat sorok tudung mummy dia.. Tu belum lagi dia sorok beg or handbag mummy lagi.. Jenuh la kalau dia sorok handbag.. Tak balik la jawabnya..

Baru 3 tahun setengah dah pandai sorok sorok tudung.. tapi alasan dia tu logik jugak.. hurmmmm.. hopefully on day nanti dia akan faham... I'm trying to change our life to be better than now...

Ah! Rindunya kat dia.. tak sabar nak balik KKB esok..

Wassalam.
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. alaa sedihnya.ble ank dh pndi bckp kn....huhu

    ReplyDelete
  2. alololo...sweetnya. Mcm tula perasaan klu ade anak kecik dan dah menjadi ibu. Ape nk buat dh kerja kan. Nak mencari rezeki untuk membesarkan anak.

    ReplyDelete