Mengimbau Kenangan Ke?

Assalamualaikum. Cinta.

Selamat pagi Sabtu korang!

Semalam tak sempat nak update. Betul-betul keletihan. Bukannya apa, semalam kat office sibuk mengemas meja sendiri bila mana auditor datang buat pre-audit mengejut. Haaa.. ambik ko! Kan dah dapat.. terpaksa la satu office mengemas.. Next week start audit ISMS week..

Hurmmmmm.. yang tu nanti Sue story mory lain la.. Ni nak story pasal Hadirah..



Boleh pulak ajak Mummy dan Papa dia tengok album kahwin kami.. Auwwww.. I is malu..

Bersungguh dia tengok tu..



Siap cakap kat kami lagi, "Nanti mami pakai macam ni.. Papa pakai baju ni.. Kakak nak pakai macam Let It Go"

Hah! Nak suruh mummy pakai baju pengantin tu?? Hoho.. agaknya kena tukar saiz sikit la kot.. hahahaha.. Si Hadirah nak pakai macam Let It Go.. Oh! Nak pakai macam Queen Elsa la tu. Kalau cakap cerita Frozen dia tak faham tapi dia panggil cerita Frozen tu Let It Go sebab lagu Let It Go tu je.. haihhhh.. suka hati je tukar tajuk cerita..



Agak-agak dapat tak nak merealisasikan impian Hadirah yang satu ni? Hoho.. segan hakak nak pakai baju kawen kawen ni lagi..

Tu baru tengok album tau.. Yang paling dia suka tengok video kahwin kami.. Dah siap hafal ye every step every moments dalam video tu.. Aishhhhh.. malu la mummy sayang oi..



Tekun betul kalau dapat tengok album kahwin dan video tu. Nanti dia cakap la every step dalam video tu.. mummy nanti buat macam ni la macam tu la.. Nak sangat tengok mummy and papa dia ni buat lagi sekali macam dalam video tu.. Hahahaha.. Hadirah..Hadirah..

Pot pet pot pet mulut dia sekarang ni. Dah pandai bercerita macam-macam. So kena dengar je la cerita dia. Tanya la dia soalan, confirm dia boleh jawab.. Tapi jawapan dia memang ikut suka hati dia la..

Ni Hadirah still tengah tidur lagi. Kejap lagi dia bangun jangan harap la merasa nak update blog. Orang nak update blog, dia pun nak update apa entah.. Mengacau je.. Dia memang suka kacau mummy dia buat kerja pun. Tapi itulah moments yang paling manis.. Seronok dikacau.. Hahaha..

Ok la.. nak gi masak untuk breakfast.. En. Along dah lapar katanya.. hoho..

Babai. Muah!!!

Wassalam.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment