Mana Nak Cari Baju Queen Elsa??

Assalamualaikum. Cinta.

Huwaaaa.. nangis tau bila anak dara mummy ni nak fefeeling princess pulak.. Dah asyik nak baju princess. Tu takpe la lagi dah beli baju princess warna pink masa birthday dia hari tu.. Ni nak mintak baju macam Queen Elsa pulak... Haihhh.. mana nak cari?

Kalau nak baju macam Princess Sofia tu boleh la gigih mencari. Senang je.. Cari warna purple sudah.. Hahaha.. Ni Hadirah nak baju yang macam Queen Elsa.. Hadoi! Pengsan...

Pengaruh tv betul la dak kecik ni..

Ini time masa dia nak bergaya sakan hari tu...


Nak papa yang sikat kan rambut dia..


Kemain lagi tau princess kecik ni..



Suka gambar yang kat atas ni.. alahai.. sweet je..

After dah siapkan dia, apa lagi.. dok bergambar sakan la anak dara ni.. Feeling princess sangat tau..





Mummy tak suruh pun posing macam ni.. Dia yang buat sendiri lepas tu suruh mummy ambil gambar dia..

Haaa.. ni bila dia tengah ada mood nak bergambar.. Kalau dia tak nak bergambar, tak payah la terhegeh-hegeh nak ambil gambar dia. Confirm dia jerit-jerit tak nak ataupun dia lari.. -___-" Kalau nak ambil jugak gambar dia, memang kena curi-curi la.. candid je.. Kalau dia nampak, confirm kita yang kena marah.. haihhh... -___-



Hurmmmmm.. ni tengah dok berfikir dan google mana nak cari baju ala-ala Queen Elsa.. Tak larat tengok Hadirah ambil selendang Auntie dia buat fefeeling Queen Elsa.. Hahaha..

Kalau ada cadangan, sila tinggalkan komen ye.. tq in advance!

Wassalam.

1 comment:

  1. Banyak lah mummy. online ade. bru2 ni ummi pergi butik Kidz pn ade.. cantik. hadirah suka pakai mummy belikan.. cantik..

    ReplyDelete